Kelayakan Insentif Ewallet RM300 – Pada tahun ini, satu inisiatif baru telah diperkenalkan di Malaysia untuk membantu rakyat yang berkelayakan. Inisiatif ini melibatkan program bantuan ewallet yang menawarkan sokongan kewangan kepada mereka yang memerlukan.
Melalui program ini, rakyat Malaysia khususnya yang terkesan oleh perubahan ekonomi akan diberikan peluang untuk mendaftar dan mendapatkan bantuan yang sewajarnya.
PROGRAM INSENTIF EWALLET RM300 SEBULAN
Kepada yang tidak tahu atau terlepas pandang, terdapat sebuah insentif bulanan yang disediakan kepada golongan pendapatan RM5,000 sebulan kebawah. Tujuan utama program ini adalah bagi meningkatkan kestabilan kewangan, kurangkan cabaran ekonomi serta kemakmuran keluarga.
Dengan pendaftaran baharu kini dibuka, rakyat yang layak disarankan untuk mengisi permohonan bagi program bantuan kehidupan sejahtera Selangor. Program ini bertujuan untuk menyokong keluarga yang memerlukan bantuan kewangan, di mana mereka akan menerima bantuan ewallet bulanan berjumlah RM300.
Bantuan ini sangat penting untuk membantu mereka dalam memenuhi keperluan asas dan pendidikan anak-anak. Inisiatif khas ini menyasarkan sekitar 30,000 keluarga sebagai penerima bantuan ewallet (setahun).
Dalam menghadapi cabaran hidup yang semakin meningkat, bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan keluarga yang terjejas. Selain itu, ia juga berperanan dalam menjamin pendidikan anak-anak supaya mereka mendapat akses kepada alat pendidikan yang diperlukan dalam pembelajaran.
Program ini adalah langkah positif ke arah memastikan kehidupan yang lebih sejahtera bagi penduduk Selangor. Antara manfaat yang boleh didapatkan adalah ewallet ini boleh digunakan di kedai dan pasaraya berdaftar.
Urusniaga pembelian menggunakan nilai bantuan secara tanpa tunai (melalui ewallet) dan had bulanan barangan sebanyak RM300. Kepada penerima yang layak, nilai bantuan perlu dibelanjakan setiap bulan kerana nilai bulan berikutnya akan ditambah ke tahap RM300 sahaja.
SYARAT KELAYAKAN & CARA DAFTAR INSENTIF EWALLET RM300
Kerajaan negeri telah mengemaskini syarat kelayakan baharu bermula 1 November 2024 seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan bulanan isi rumah (RM5,000 dan kebawah)
- Keluarga yang mempunyai tanggungan anak minimum 2 orang berumur 18 tahun dan kebawah
- Lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun.
Jika anda berminat, pendaftaran boleh dikemukakan selagi masih dibuka pada tahun ini. Untuk panduan lengkap sila layari laman rasmi – BINGKAS 2025
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan kerajaan MADANI bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Kelayakan Insentif Ewallet RM300 : Pendaftaran Dibuka! appeared first on Carianterbaru.