Baharu : Bantuan kewangan RM800 adalah program BMT yang diperkenalkan dalam bajet belanjawan 2024. Tujuannya adalah untuk memberikan sokongan kepada golongan yang memerlukan, terutama semasa musim tengkujuh di Malaysia.
Program ini dilaksanakan adalah bagi meringankan beban kewangan isi rumah yang terjejas akibat musim tengkujuh setiap tahun.
BAHARU : BANTUAN KEWANGAN RM800 – BMT
Untuk makluman umum, bantuan musim tengkujuh (BMT) ini disediakan oleh pihak RISDA sepenuhnya. Permohonan telah dibuka pada bulan September lalu dan kini penyaluran bantuan telah mula diagihkan secara berperingkat.
Pembayaran inisiatif bantuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat selama empat bulan. Dengan cara ini, penerima bantuan dapat merancang kewangan mereka dengan lebih baik.
Setiap penerima layak mendapat RM800 yang akan dibahagikan kepada empat ansuran bulanan. Pelaksanaan ini menawarkan satu pendekatan yang lebih sistematik dalam menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Jadual bayaran Bantuan Musim Tengkujuh 2024 adalah seperti berikut :
- November 2024 : RM200
- Disember 2024 : RM200
- Januari 2025 : RM200
- Februari 2025 : RM200.
Program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memberi sokongan kepada rakyat di saat-saat sukar. Inisiatif ini bukan sahaja memperlihatkan komitmen kerajaan dalam menangani isu-isu kebajikan sosial tetapi juga menunjukkan kesedaran terhadap kesan negatif yang ditimbulkan oleh cuaca ekstrem.
Diharapkan, program BMT akan memberi harapan baharu dan sokongan kepada mereka yang terjejas. Dengan adanya insentif khas ini dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang berada dalam golongan pekebun kecil dan penoreh.
Untuk pengetahuan umum, pihak RISDA juga telah menyediakan program tanam semula getah (TSG) bagi membantu pekebun kecil menggantikan pokok getah tua. Pelbagai program telah dilancarkan, untuk rujukan sila kunjungi laman rasmi – RISDA sebagai info selengkapnya.
The post Baharu : Bantuan Kewangan RM800 Dikreditkan Berperingkat appeared first on Carianterbaru.