ParalimpikSukanSukan dan Kegiatan Paralimpiktravel sponsorshipWira

Wira Paralimpik Malaysia Dapat Bonus!

Wira paralimpik Malaysia yang memenangi pingat pada temasya sukan paralimpik Paris 2024 akan menerima bonus. Mereka telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan menonjol di pentas antarabangsa.

Wira Paralimpik Malaysia Dapat Bonus

Kepulangan para kontijen paralimpik negara disambut meriah dengan kejutan istimewa bernilai hampir RM100,000. Bonus yang diberikan adalah tajaan pakej umrah dan kembara ke negara Korea Selatan.

Tajaan bonus ini disediakan oleh platform kembara dan gaya hidup muslim, ikhlas com Travel dan umrah Sdn Bhd (Ikhlas.com). Fara Hasan selaku Ketua pegawai pemasan ikhlas.com berkata pihaknya amat berbesar hati dapat memberi kejutan istimewa ini.

Penghargaan kepada atlet-atlet ini bukan sahaja datang dalam bentuk medal tetapi juga bonus berupa tajaan untuk menunaikan umrah dan melancong ke Korea. Inisiatif ini merupakan satu langkah yang sangat positif dalam menghargai usaha dan pengorbanan mereka.

Tajaan Umrah dan Melancong ke Korea Kepada Wira Malaysia

Bagi atlet bukan beragama Islam, mereka akan menerima tajaan untuk melancong ke Korea, manakala atlet islam akan dapat tajaan ke umrah. Tajaan ini khas dari IKHLAS Travel, yang menunjukkan komitmen untuk menghargai semua atlet tanpa mengira latar belakang agama mereka.

Melalui tajaan ini, atlet memiliki peluang untuk mengenali budaya lain dan memperluaskan pengalaman peribadi mereka. Pada 13 Ogos lalu, pihak ikhlas juga telah menunaikan impian atlet berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus untuk membawa ibu bapanya menunaikan umrah.

Kepentingan Penghargaan kepada Atlet Paralimpik

Kita perlu memahami bahawa penghargaan kepada wira paralimpik bukan sahaja mendorong mereka untuk terus berusaha dengan lebih gigih, tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi akan datang.

Dengan usaha seperti tajaan umrah dan melancong, kita dapat menunjukkan betapa pentingnya untuk menghargai setiap individu, tidak kira latar belakang agamanya. Sikap inklusif ini amat penting untuk memupuk semangat kesukanan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Maklumat Lanjut

Pelbagai informasi berkenaan isu semasa di dalam negara telah disediakan di halaman utama. Untuk semakan sila ke laman utama – Carianterbaru sebagai rujukan umum.

The post Wira Paralimpik Malaysia Dapat Bonus! appeared first on Carianterbaru.

Back to top button