BANTUANLaptop

Program Laptop Percuma 2024 – Syarat & Panduan Mohon

Program Laptop Percuma 2024 – Syarat kelayakan dan panduan mohon telah disediakan di halaman ini untuk rujukan umum. Pada era digital ini selaras dengan peredaran masa, keperluan dan kemudahan amat penting dalam pendidikan.

PROGRAM LAPTOP PERCUMA 2024

Pada bulan ini terdapat sebuah program inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan negeri bagi memberi manfaat kepada para pelajar. Program Laptop percuma ini dilancarkan sebagai tanda sokongan kepada pelajar dalam bidang akedemik.

Pihak yayasan Sarawak telah mengumumkan pembukaan pendaftaran permohonan bagi sesi akedemik tahun 2024/ 2025. Program ini menyasarkan anak-anak negeri yang merupakan seorang pelajar.

Pemberian tawaran laptop secara percuma dan juga baucar buku ini disediakan sebagai inisiatif bagi membantu pelajar mencapai kejayaan dalam akademik. Dengan adanya program inisiatif seperti ini mampu merapatkan jurang digital dan memastikan masalah kewangan tidak menjadi penghalang kepada perkembangan akedemik.

PENDAFTARAN PROGRAM LAPTOP PERCUMA

Komputer riba atau laptop ini akan diberikan secara percuma kepada pelajar yang lulus pendaftaran permohonan. Mereka yang melanjutkan pengajian ke peringkat IPTA dan IPTS layak untuk kemukakan pendaftaran.

Permohonan inisiatif istimewa ini dibuka pada bulan Ogos 2024 dan akan memberi manfaat kepada sekitar 5,000 penerima yang layak. Peruntukan sebanyak RM15 juta telah disalurkan dalam program bantuan khas komputer riba ini.

PANDUAN MOHON BANTUAN LAPTOP 2024

Berikut disediakan panduan langkah-langkah cara daftar permohonan program khas ini :

  1. Layari laman portal rasmi – MY YAYASAN
  2. Kemudian daftar dan log masuk menggunakan kata laluan
  3. Isi butiran yang diperlukan pada borang permohonan
  4. Muat turun surat pengesahan serta pastikan ditandatangani oleh pihak institusi pemohon
  5. Pemohon perlu lengkapkan dan hantar borang permohonan
  6. Semakan status permohonan melalui e-mel
  7. Jika permohonan diluluskan, anda perlu muat turun aplikasi My Yayasan untuk kemaskini alamat
  8. Laptop (komputer riba) akan dihantar ke alamat dalam tempoh masa 8 hingga 10 minggu dari kelulusan.

Nota : Program khas ini hanya ditawarkan kepada para pelajar kelahiran negeri Sarawak sahaja. Mereka yang menepati kelayakan boleh dapatkan manfaat daripada program ini.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan persekutuan dan negeri telah memperkenalkan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif bantuan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Program Laptop Percuma 2024 – Syarat & Panduan Mohon appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button