BANTUANeWalletKehidupan Sejahtera

Bantuan Ewallet Sebulan RM300 : Untuk Golongan B40 & M40

Bantuan Ewallet Sebulan RM300 kini telah dinaiktaraf dan ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang berkelayakan pada tahun ini. Seperti sedia maklum, inisiatif khas berbentuk bantuan ini adalah salah satu insentif dibawah Belanjawan 2024.

BANTUAN EWALLET SEBULAN RM300

Kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah program skim bantuan ewallet yang dikenali sebagai bantuan kehidupan sejahtera (Bingkas). Insentif kredit ewallet ini diadakan bagi membantu dan memberi sokongan kepada keluarga pasca-pendemik.

Program ini akan meluaskan manfaat kepada sekitar 30,000 buah keluarga dengan kadar bantuan berjumlah RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Dengan adanya sumbangan insentif tambahan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi dan memperkukuhkan keharmonian dalam sesebuah keluarga.

MANFAAT BANTUAN EWALLET RM300

Antara manfaat yang boleh didapatkan dalam program bantuan kehidupan sejahtera ini adalah seperti berikut :

  1. RM300 adalah had amaun bulanan pembelian barang keperluan asas
  2. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (menggunakan e-wallet)
  3. Kredit ewallet ini boleh digunakan di mana-mana kedai runcit dan pasaraya berdaftar
  4. Kadar e-wallet akan ditambah ke nilai tahap RM300 secara automatik setiap bulan
  5. Baki nilai terdahulu perlu digunakan kerana ianya tidak akan dibawa ke bulan hadapan.

SYARAT ASAS KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2024

Bermula 1 Jun 2024, syarat kelayakan bagi permohonan bantuan kehidupan sejahtera Bingkas telah dikemaskini dan ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM5,000
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah (sekurangnya 2 orang)
  • Lahir di Selangor atau menetap melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar.

CARA MOHON BANTUAN EWALLET RM300

Untuk yang berkeperluan dan menepati kriteria kelayakan, permohonan boleh dikemukakan segera bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan ini. Panduan dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Kehidupan Sejahtera 2024

MAKLUMAT LANJUT

Tahun 2024, kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, anda boleh cek senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – RUJUK DISINI untuk info selengkapnya.

The post Bantuan Ewallet Sebulan RM300 : Untuk Golongan B40 & M40 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button