BANTUANPemberianSumbangan Asas Rahmahsumbanganasasrahmah

Pemberian Sumbangan Asas Rahmah : Untuk Penerima STR 2024

Pemberian Sumbangan Asas Rahmah : Bantuan tambahan istimewa ini hanya diberikan khusus kepada penerima STR 2024. Untuk makluman umum, inisiatif khas SARA adalah merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2024

Tahukah kalian pemberian bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan lanjutan daripada program Sumbangan Tunai Rahmah. Insentif khas ini disalurkan secara bulanan kepada setiap penerima STR yang berkelayakan tanpa perlu memohon.

Pada tahun 2024, kerajaan telah mengumumkan bahawa seramai 700,000 penerima STR akan menerima manfaat daripada pemberian SARA. Kategori penerima SARA adalah terdiri daripada bujang, warga emas dan isi rumah yang berstatus miskin/ miskin tegar dan bukan miskin.

Kadar bantuan mysara ini ditentukan mengikut kategori kelayakan pada kadar RM150, RM300, RM600 dan RM1,200 setahun. Perlaksanaan program sumbangan khas ini adalah bagi membantu mengurangkan beban rakyat dengan membeli barangan keperluan asas.

JADUAL BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa pemberian Sumbangan Asas Rahmah atau Mykasih SARA ini akan disalurkan secara berperingkat. Jadual pembayaran adalah seperti berikut :

  • Januari 2024 sehingga Disember 2024 : Bayaran RM50 & RM100 dikreditkan setiap bulan kepada penerima STR kategori miskin dan miskin tegar
  • Februari 2024 dan Ogos 2024 : Bayaran berjumlah RM600 dikreditkan atau tebus tunai di cawangan BSN bagi penerima STR berada di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan

Nota : Bagi pemberian SARA berjumlah RM150 dan RM300 untuk penerima STR bukan berstatus miskin dan miskin tegar akan disalurkan pada waktu yang akan diumumkan. Segala maklumat terkini berkenaan SARA akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS (SARA) 2024

Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada STR pada tahun ini, semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini boleh dilakukan. Untuk semakan status dan butiran lengkap, sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Pemberian Sumbangan Asas Rahmah : Untuk Penerima STR 2024 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button