KWSPPengeluaran KWSPPengeluaran sebahagian

Terkini : Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Tahun Ini

Terkini : Jenis Pengeluaran KWSP , terdapat beberapa jenis pengeluaran boleh dilakukan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada pencarum. Untuk makluman, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan khusus untuk ahli pada tahun ini.

TERKINI : JENIS PENGELUARAN KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan beberapa jenis kemudahan pengeluaran secara sebahagian yang boleh dilakukan selagi menepati kelayakan. Terdapat pengeluaran yang boleh dibuat untuk tujuan peribadi tertentu melalui akaun 1 dan akaun 2.

Seperti sedia maklum, pengeluaran akaun 1 adalah untuk persaraan dimana akaun tersebut boleh digunakan apabila sampai tempoh matang (persaraan). Namun terdapat beberapa jenis lain yang boleh dikeluarkan melalui akaun 2 KWSP.

Bermula April 2023, KWSP juga telah melaksanakan program skim pembiayaan pengeluaran melalui fasiliti sokongan akaun 2 (FSA2) yang telah selesai pada April 2024. Bagi pengeluaran fasa 2 akan dimaklumkan pada tarikh yang akan diumumkan.

JENIS PENGELUARAN KWSP (PERUMAHAN)

Ahli yang berkelayakan dibenarkan keluarkan sebahagian wang untuk urusan perumahan seperti beli rumah, bina rumah, ansuran bulanan pinjaman perumahan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan.

Ahli dibenarkan membuat pengeluaran melalui akaun 2 KWSP untuk tujuan perumahan dan boleh mengambil pinjaman perumahan dengan institusi pemberi pinjaman (IPP).

Selain itu, pengeluaran melalui akaun 2 juga boleh dilakukan atas tujuan pendidikan, kesihatan, simpanan melebihi 1 juta dan umur 50 tahun. Dengan adanya kemudahan ini dapat memberi peluang pilihan kepada setiap ahli bagi menguruskan kewangan mereka.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP

Ahli perlu mematuhi kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia dan penduduk tetap
  • Permohonan kadar pengeluaran tidak boleh melebihi jumlah pengeluaran maksimum yang ditetapkan
  • Pembayaran akan dibuat secara terus ke dalam akaun bank simpanan/ semasa ahli atau akaun bank rakan kongsi strategik KWSP.

SEMAKAN JENIS PENGELUARAN KWSP 2024

Kepada para pencarum, bermula 11 Mei ini pihak KWSP bakal membuat penstrukturan semula akaun 1, akaun 2 dan akaun 3 kepada akaun persaraan, sejahtera dan fleksibel. Untuk semakan butiran lengkap dan terperinci, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Terkini : Jenis Pengeluaran KWSP Yang Dibenarkan Tahun Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button