BANTUANSARASTRSTR Tambahansumbanganasasrahmah

Terkini : STR Tambahan RM600 Dikreditkan Mulai Hari Ini

Terkini : STR Tambahan RM600 telah mula dikreditkan kepada penerima yang layak mulai hari ini seluruh Malaysia. Untuk makluman umum, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan 2024.

TERKINI : STR TAMBAHAN RM600 DIKREDITKAN

Pemberian insentif tambahan kepada penerima STR yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah adalah lanjutan daripada program Sumbangan Tunai Rahmah. Tujuan utama pemberian bantuan tambahan ini dilaksanakan adalah bagi membantu penerima STR terutama golongan miskin tegar.

Insentif yang disalurkan boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai seluruh Malaysia. Bagi pengetahuan umum, pemberian bantuan tambahan ini tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ia diberikan melalui data maklumat STR.

Pada tahun ini sekitar 700,000 penerima STR layak untuk mendapatkan manfaat dari pemberian Sumbangan Asas Rahmah ini. Bayaran telah mula dikreditkan mulai hari ini kepada penerima pada kadar yang telah ditetapkan mengikut kategori.

KADAR TERKINI BAYARAN STR TAMBAHAN 2024

Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi sesi 2024 telah ditetapkan mengikut kategori seperti di bawah :

  • RM1,200 : Penerima STR kategori isi rumah & warga emas berstatus miskin tegar
  • RM600 : Penerima STR kategori bujang berstatus miskin tegar
  • RM300 : Penerima STR kategori isi rumah berstatus bukan miskin tegar
  • RM150 : Penerima STR kategori bujang & warga emas berstatus bukan miskin tegar.

JADUAL BAYARAN STR TAMBAHAN

Untuk rujukan, pembayaran bantuan tambahan SARA ini dikreditkan bermula Januari sehingga Disember 2024 bagi penerima STR di kawasan Semenanjung. Manakala untuk penerima STR berada di negeri Sabah, Sarawak dan Labuan, mereka akan menerima bayaran sebanyak 2 kali pada tahun ini iaitu Februari dan Ogos.

SEMAKAN STATUS LAYAK TERIMA STR TAMBAHAN

Sekiranya anda merupakan penerima sedia ada STR pada tahun ini, semakan status sama ada layak atau tidak boleh dibuat secara dalam talian. Untuk semakan status, sila layari laman portal rasmi – MyKasih SARA

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang masih ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Terkini : STR Tambahan RM600 Dikreditkan Mulai Hari Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button