BANTUANFASA 3STR

Tarikh STR Fasa 3 : Bantuan Dikreditkan Sebelum Hari Merdeka

Tarikh STR Fasa 3 : Pengagihan bayaran bantuan tunai akan dikreditkan pada bulan ini dijangka sebelum 31 Ogos 2024. Untuk makluman umum, rakyat akan menerima manfaat dari bayaran STR fasa ketiga selewat-lewatnya sebelum sambutan hari merdeka.

TARIKH STR FASA 3 DISALURKAN

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan mengenai jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2024. Pembayaran bantuan tunai STR fasa ketiga akan disalurkan secara berperingkat selewat-lewatnya sebelum 31 Ogos ini.

Bagi info terkini, bayaran STR fasa sebelum ini telah dikreditkan pada 29 Januari 2024 dan 3 April 2024 secara menyeluruh. Kategori penerima yang terlibat adalah dari belia bujang, warga emas tiada pasangan dan isi rumah B40 serta M40.

Kepada yang terlepas pandang, dibawah dikongsikan jadual rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024 mengikut fasa :

  • Fasa pertama : 29 Januari 2024
  • Fasa kedua : 03 April 2024
  • Fasa ketiga : Ogos 2024 (dijangka sebelum 31 Ogos, tarikh akan dikemaskini)
  • Fasa keempat : November 2024.

KADAR BAYARAN STR FASA 3

Buat masa ini pihak kerajaan belum mengumumkan kadar bayaran mengikut kategori yang akan dikreditkan pada fasa ketiga nanti. Berikut dikongsikan maklumat jumlah keseluruhan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini mengikut kelayakan kategori penerima.

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • RM350 : Bujang
  • RM600 : Warga emas

KATEGORI BERKELUARGA / ISI RUMAH B40

  • RM1000 : Tiada anak
  • RM1500 : Mempunyai tanggungan anak (1-2)
  • RM2000 : Mempunyai tanggungan anak (3-4)
  • RM2500 : Mempunyai tanggungan anak (lebih 5)

BERKELUARGA / ISI RUMAH M40

  • RM500 : Tiada anak
  • RM750 : Mempunyai tanggungan anak (1-2)
  • RM1000 : Mempunyai tanggungan anak (3-4)
  • RM1250 : Mempunyai tanggungan anak (lebih 5)

SEMAKAN STATUS STR FASA 3

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, kalian boleh membuat semakan status bayaran setiap fasa sepanjang tahun ini. Cara semak status bayaran adalah seperti dibawah :

  1. Layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024
  2. Kemudian tekan butang ‘Log masuk’
  3. Sila masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan
  4. Klik ‘semak status’
  5. Maklumat anda akan dipaparkan pada skrin.

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak kemudahan dan program inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Tarikh STR Fasa 3 : Bantuan Dikreditkan Sebelum Hari Merdeka appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button