BANTUANSTR

Tarikh Rasmi Bayaran STR Mengikut Fasa – Tahun 2024

Tarikh Rasmi Bayaran STR mengikut fasa tahun 2024 telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada sidang Belanjawan. Suka dimaklumkan bahawa pemberian inisiatif berbentuk bantuan kewangan STR ini merupakan sebahagian program bantuan yang dilaksanakan pada tahun 2024.

Tarikh Rasmi Bayaran STR Sesi 2024 Mengikut Fasa

Untuk maklum umum, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa pertama telah selesai diagihkan pada 29 Januari dan fasa kedua pada 3 April lalu. Bagi fasa berikutnya iaitu fasa ketiga, bayaran dijangka akan dikreditkan pada pertengahan bulan hadapan.

Kerajaan telah memaklumkan bahawa bayaran bantuan tunai STR fasa 3 akan disalurkan selewat-lewatnya Ogos ini. Kategori penerima yang akan terlibat adalah dari belia bujang, warga emas tiada pasangan dan isi rumah b40 / m40.

Bagi sesi 2024, lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia akan menerima manfaat dari program pemberian bantuan khas STR ini. Untuk rujukan, dibawah disediakan jadual pengagihan mengikut fasa pembayaran STR 2024 :

  • Fasa pertama STR : Dibayar bermula 29 Januari 2024
  • Fasa kedua STR : Dibayar bermula 3 April 2024
  • Fasa ketiga STR : Dibayar bermula Ogos 2024
  • Fasa keempat STR : Dibayar bermula November 2024.

Kadar Bayaran STR Fasa Ketiga

Setiap kategori kelayakan telah ditetapkan amaun kadar bayaran yang akan dikreditkan secara berperingkat. Berikut akan jumlah yang akan diberikan melalui 4 fasa pembayaran mengikut kategori seperti di bawah.

  • Kategori Belia Bujang (21 tahun keatas) : RM350 seorang setahun
  • Kategori warga emas (60 tahun keatas) : RM600 seorang setahun
  • Kategori isi rumah B40 : RM1,000 hingga RM2,500 setahun
  • Kategori isi rumah M40 : RM500 hingga RM1,250 setahun.

Nota : Bagi penerima bertatus kategori isi rumah, jumlah bayaran STR berdasarkan gaji bulanan dan bilangan tanggungan anak.

Semakan Rasmi Bayaran STR 2024

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, kalian boleh membuat semakan status bayaran mengikut fasa dan kemaskini maklumat sepanjang tahun ini. Untuk rujukan lengkap sila layari laman rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

Maklumat Lanjut

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang masih ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post Tarikh Rasmi Bayaran STR Mengikut Fasa – Tahun 2024 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button