Sumbangan STR Fasa 3 : Semak Tarikh & Jumlah Bantuan
Sumbangan STR Fasa 3 : Semakan tarikh & jumlah bayaran bantuan tunai mengikut kategori dan fasa kini boleh dilakukan secara online. Insentif Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai bantuan tunai STR adalah sebuah inisiatif di bawah belanjawan 2025 yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada 9 juta penduduk Malaysia.
Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dan menjamin kesejahteraan sosial rakyat.
PEMBAYARAN SUMBANGAN STR FASA 3
Seiring dengan matlamat untuk memperbaiki taraf hidup dan memberikan sokongan kewangan, pembayaran STR yang seterusnya iaitu fasa 3 dijadualkan akan berlangsung selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2025.
Dengan pembayaran ini, diharapkan ia dapat memberikan bantuan yang diperlukan oleh penduduk, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi yang semakin meningkat.
Kategori yang terlibat semasa pembayaran STR fasa ketiga nanti adalah bujang, warga emas serta isi rumah. Bayaran akan disalurkan sama seperti fasa sebelum ini iaitu secara kredit terus ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN.
Inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah adalah tanda komitmen kerajaan dalam membantu rakyat. Dengan inisiatif kewangan ini, 9 juta rakyat Malaysia diharapkan dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
Adalah penting untuk memastikan bahawa mereka yang layak menerima bantuan ini mendapatnya tepat pada masanya. Melalui langkah ini, kerajaan menunjukkan keprihatinan terhadap kesejahteraan masyarakat dan berusaha untuk mengurangkan ketegangan ekonomi yang dihadapi oleh ramai orang.
TARIKH & JUMLAH BANTUAN STR FASA 3
Pengagihan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3 dijualkan pada bulan Ogos ini, tarikh rasmi akan dikemaskini selepas pengumuman dari kerajaan. Berikut adalah jangkaan jumlah bayaran bantuan STR fasa 3 mengikut kategori kelayakan :
Berkeluarga / Isi rumah (B40)
- RM150 – Tiada anak
- RM350 – Mempunyai 1 & 2 anak
- RM500 – Mempunyai 3 & 4 anak
- RM650 – Mempunyai lebih 5 anak
Berkeluarga / Isi rumah (M40)
- RM100 – Tiada anak
- RM200 – Mempunyai 1 & 2 anak
- RM250 – Mempunyai 3 & 4 anak
- RM300 – Mempunyai lebih 5 anak
Bujang & Warga emas
- RM150 – Bujang
- RM150 – Warga emas.
SEMAKAN STATUS & KEMASKINI STR FASA 3
Jika anda ingin membuat semakan status bayaran atau kemaskini maklumat terkini STR, panduan disediakan di bawah :
- Layari laman rasmi MySTR 2025 – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Tekan pada butang ‘Log masuk MySTR’
- Masukkan no Mykad dan kata laluan yang telah anda tetapkan
- Klik pada ruangan semakan status permohonan dan maklumat anda akan dipaparkan pada skrin
- Jika anda mempunyai sebarang perubahan maklumat, sila klik pada ruangan (kemaskini).
ADAKAH FASA 3 ADALAH BAYARAN STR TERAKHIR?
Tidak. Fasa terakhir bagi bayaran STR tahun ini akan fasa 4 yang dijadualkan pada bulan November 2025.
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR TAHUN 2025?
Untuk makluman umum, jumlah keseluruhan STR tahun ini adalah sehingga RM2,500, amaun tidak termasuk bayaran SARA.
WAJIB KEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI?
Untuk mendapatkan jumlah nilai bantuan yang bersesuaian dengan status anda, pengemaskini maklumat adalah wajib.
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Sepanjang tahun ini kerajaan MADANI telah sediakan pelbagai program kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan awam.
The post Sumbangan STR Fasa 3 : Semak Tarikh & Jumlah Bantuan appeared first on Carianterbaru.