BANTUANFASA 3STRSTR 2024

STR 2024 : Isi Rumah Akan Menerima Bayaran Bantuan Fasa 3

STR 2024 : Isi Rumah akan menerima bayaran bantuan fasa 3 yang dijadualkan akan dikreditkan pada bulan Ogos ini. Inisiatif khas Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2024.

STR 2024 : ISI RUMAH PENERIMA FASA 3

Seperti yang telah dimaklumkan, bayaran pemberian Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2024 akan diagihkan secara berperingkat. Lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia layak menerima insentif bantuan tunai STR pada tahun ini.

Pembayaran bagi STR fasa pertama dan fasa kedua telahpun selesai disalurkan pada 29 Januari dan 3 April lalu. Pada bulan hadapan bayaran STR fasa berikutnya akan mula diagihkan kepada penerima sedia ada.

Berdasarkan maklumat, kategori penerima isi rumah (berkeluarga) akan menerima bayaran STR fasa ketiga nanti. Kadar bayaran adalah berbeza mengikut pendapatan dan bilangan tanggungan anak setiap isi rumah.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR 2024 KATEGORI ISI RUMAH

Untuk makluman umum, kadar jumlah bayaran STR tahun 2024 bagi kategori isi rumah adalah dari RM500 sehingga RM2,500. Berikut adalah jumlah bayaran bagi kategori isi rumah mengikut kelayakan seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 / B40)

  • RM1,000 setahun : Tiada anak (0)
  • RM1,500 setahun : Mempunyai tanggungan anak (1 dan 2)
  • RM2,000 setahun : Mempunyai tanggungan anak (3 dan 4)
  • RM2,500 setahun : Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih)

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000 / M40)

  • RM500 setahun : Tiada anak (0)
  • RM750 setahun : Mempunyai tanggungan anak (1 dan 2)
  • RM1,000 setahun : Mempunyai tanggungan anak (3 dan 4)
  • RM1,250 setahun : Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih)

Nota : Jumlah diatas akan dikreditkan kepada penerima mengikut pecahan empat (4) fasa pembayaran sepanjang tahun 2024. Kadar bayaran fasa ketiga bagi kategori isi rumah akan dikemaskini selepas pengumuman dari Kementerian Kewangan.

JADUAL LENGKAP BAYARAN STR 2024

  • Pembayaran STR fasa pertama (1) : Bermula 29 Januari 2024 (Selesai)
  • Pembayaran STR fasa kedua (2) : Bermula 3 April 2024 (Selesai)
  • Pembayaran STR fasa ketiga (3) : Bermula Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini dalam masa terdekat)
  • Pembayaran STR fasa keempat (4) : Bermula November 2024.

KEMASKINI & SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 3

Sepanjang tahun ini kerajaan telah membuat permohonan baharu, kemaskini maklumat dan semakan status bayaran setiap fasa. Untuk semakan butiran lengkap, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

MAKLUMAT LEBIH LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban kewangan rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post STR 2024 : Isi Rumah Akan Menerima Bayaran Bantuan Fasa 3 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button