Status STR Fasa 3 : Seperti yang telah dimaklumkan Kementerian Kewangan, bayaran dikreditkan secara berperingkat pada Ogos ini. Pemberian bantuan tunai STR adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2024.
STATUS STR FASA 3
Pihak kerajaan akan mula salurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah kepada penduduk Malaysia pada bulan ini secara berperingkat. Kategori penerima yang terlibat adalah dari bujang, isi rumah dan warga emas.
Program bantuan kewangan ini melibatkan hampir 1/3 daripada jumlah penduduk Malaysia bagi sesi tahun 2024. Bantuan tunai STR ini diberikan sehingga RM2,500 setahun dan bayaran disalurkan secara 4 kali fasa pembayaran.
Untuk makluman umum, pada Januari dan April lalu pengagihan bayaran STR fasa 1 dan fasa 2 telah selesai dikreditkan. Fasa berikutnya akan dikreditkan pada pertengahan bulan ini atau selewat-lewatnya sebelum 31 Ogos.
KADAR BAYARAN STR FASA 3
Berdasarkan tahun lalu, bayaran fasa ketiga diberikan pada kadar RM100 untuk bujang, RM150 untuk warga emas dan sehingga RM800 untuk isi rumah. Kadar bayaran bagi fasa 3 tahun ini akan diumumkan selewat-lewatnya sebelum hujung bulan.
Kepada yang tidak tahu atau terlepas pandang, berikut dikongsikan jumlah bayaran STR mengikut kategori bagi sesi 2024 seperti di bawah :
- Kategori Bujang : RM350 setahun
- Kategori warga emas : RM600 setahun
- Kategori isi rumah B40 : RM1,000 hingga RM2,500 setahun (kadar ditentukan mengikut bilangan tanggungan)
- Kategori isi rumah M40 : RM500 hingga RM1,250 setahun (kadar ditentukan mengikut bilangan tanggungan)
PERMOHONAN BAHARU STR DIBUKA
Bagi rakyat Malaysia yang bukan penerima, permohonan baharu dibuka sepanjang tahun ini dan boleh dikemukakan. Manakala untuk mereka yang merupakan penerima sedia ada STR, kemaskini maklumat terkini boleh dibuat sepanjang tahun jika mempunyai perubahan maklumat.
SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 3
Pada bulan Ogos ini, semakan status bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah boleh dibuat secara online. Untuk rujukan lengkap dan semakan, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024
MAKLUMAT LANJUT
Sepanjang tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info selengkapnya.
The post Status STR Fasa 3 : Bayaran Dikreditkan Berperingkat Ogos Ini appeared first on Carianterbaru.