BANTUANFASA 3MySTR

Status MySTR Fasa-3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan Tunai

Status MySTR Fasa-3 : Tarikh & Jumlah bayaran bantuan tunai telah ditetapkan mengikut fasa pengagihan pada tahun ini. Pemberian insentif berbentuk bantuan kewangan ini adalah salah satu inisiatif dibawah Belanjawan 2024.

STATUS BANTUAN TUNAI MYSTR FASA-3

Untuk makluman, pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah fasa berikutnya iaitu fasa ketiga akan disalurkan tidak lama lagi. Pembayaran bantuan tunai STR ini melibatkan 3 kategori utama iaitu belia bujang, warga emas dan isi rumah.

Pemberian sumbangan tunai rahmah pada tahun ini memberi manfaat kepada sekitar 9 juta penduduk Malaysia yang berstatus miskin, golongan B40 dan M40. Jumlah bayaran bantuan tunai STR adalah sehingga RM2,500 dan kadar ditentukan mengikut kategori kelayakan.

Program STR kini telah memasuki tahun kedua perlaksanaan dan tujuan utama pemberian bantuan tunai ini masih diteruskan adalah untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Dengan adanya program seperti STR ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

TARIKH BAYARAN MYSTR FASA-3

Seperti sedia maklum, pembayaran bantuan tunai STR fasa pertama dan fasa kedua telahpun selesai dibayar. Bagi pembayaran fasa ketiga dijangkakan akan disalurkan sebelum raya aidil adha, dibawah dikongsikan jadual penuh yang telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan :

  • Pembayaran MySTR fasa-1 : Bermula 29 Januari 2024
  • Pembayaaran MySTR fasa-2 : Bermula 5 April 2024
  • Pembayaran MySTR fasa-3 : Bermula Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Pembayaran MySTR fasa-4 : Bermula November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

JUMLAH BAYARAN MYSTR FASA-3

Pihak kerajaan masih belum mengumumkan berkenaan jumlah bayaran yang akan dikreditkan kepada penerima STR bagi fasa-3. Namun dikongsikan jumlah keseluruhan bayaran bagi MySTR 2024 mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI BELIA BUJANG (21 TAHUN KE ATAS)

  • RM350 seorang

WARGA EMAS (60 TAHUN KE ATAS)

  • RM600 seorang

KATEGORI KELUARGA/ ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN DI BAWAH RM2,500)

  • RM1,000 : Tiada anak (0)
  • RM1,500 : Mempunyai (1-2) bilangan anak
  • RM2,000 : Mempunyai (3-4) bilangan anak
  • RM2,500 : Mempunyai (5 keatas) bilangan anak

KELUARGA/ ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN DI BAWAH RM5,000)

  • RM500 : Tiada anak (0)
  • RM750 : Mempunyai (1-2) bilangan anak
  • RM1,000 : Mempunyai (3-4) bilangan anak
  • RM1,250 : Mempunyai (5 keatas) bilangan anak

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR 2024

Setiap penduduk Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah, kalian boleh membuat semakan status bayaran dan kemaskini secara dalam talian. Untuk semakan, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Status MySTR Fasa-3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan Tunai appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button