SKK : Bantuan Tunai RM1000 Untuk Penerima STR 2024
SKK : Bantuan Tunai RM1000 adalah merupakan insentif tambahan yang disediakan kepada penerima STR bagi sesi 2024. Untuk makluman umum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah sebahagian program yang dilaksanakan pada tahun ini.
SKK : BANTUAN TUNAI TAMBAHAN RM1000
Pihak kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program skim bantuan tambahan kepada penerima STR pada tahun ini. Skim Khairat Kematian atau (SKK) adalah sebuah skim bantuan kewangan berbentuk tunai dibawah program STR.
Skim ini disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui belanjawan MADANI kedua. Kadar sumbangan SKK adalah berjumlah RM1,000.
Bantuan tambahan ini diberikan kepada pemohon/ pasangan yang lulus STR tetapi telah meninggal dunia pada tahun semasa. Tuntutan SKK boleh dilakukan bagi kategori isi rumah dan warga emas tiada pasangan (bujang).
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN SKK RM1000
Berikut adalah syarat asas kelayakan bagi tuntutan SKK RM1,000 seperti di bawah :
- Warganegara Malaysia sahaja
- Penerima STR bagi kategori (Isi rumah dan warga emas bujang/ tiada pasangan)
- Meninggal dunia pada tahun 2024
- Pasangan yang berstatus bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak tuntut SKK
- Waris yang didaftarkan layak membuat tuntutan SKK
- Waris yang berdaftar dalam borang permohonan STR sahaja.
CARA TUNTUTAN BANTUAN TUNAI SKK 2024
Panduan lengkap berkenaan bantuan skim khairat kematian (SKK) telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – SKK 2024
Tuntutan kini boleh dilakukan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. Untuk memudahkan urusan proses semakan permohonan, sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti :
- Asal/ salinan sijil kematian yang dikeluarkan oleh JPN
- Asal/ salinan kad pengenalan atau sijil lahir waris
- Dokumen pembuktian pertalian diantara waris dan simati.
SKK ini hanya disediakan kepada penerima STR sahaja, jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini insentif ini dapat membantu meringankan beban keluarga.
INFO LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan untuk mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.
The post SKK : Bantuan Tunai RM1000 Untuk Penerima STR 2024 appeared first on Carianterbaru.