BANTUANJKM

Senarai Bantuan Tunai JKM : Yang Boleh Dimohon Julai Ini

Senarai Bantuan Tunai JKM : Terdapat beberapa jenis insentif yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang memerlukan pada Julai ini. Kementerian Kewangan telah memaklumkan, skim bantuan kebajikan termasuk dalam bantuan dibawah Belanjawan 2024.

SENARAI BANTUAN TUNAI JKM

Pihak JKM atau Jabatan Kebajikan Masyarakat kini telah menawarkan lebih banyak jenis bantuan tunai yang boleh dimohon oleh orang awam. Terdapat bantuan yang ditawarkan secara sekali bayar dan juga secara bayaran bulanan.

Skim bantuan kebajikan ini lebih menumpukan untuk mereka yang berada dalam kategori golongan sasar dan memerlukan. Pada bulan Julai ini, kepada mereka yang kurang berkemampuan boleh kemukakan permohonan sesuai dengan bantuan.

Berikut dikongsikan senarai jenis insentif bantuan dibawah kendalian JKM yang masih boleh dimohon seperti :

  • Bantuan Warga Emas (BWE) : RM500 seorang sebulan
  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK) : RM1,000 sebulan sekeluarga
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) : RM350 sebulan
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) : RM450 sebulan
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) : RM200 sebulan
  • Bantuan Geran Pelancaran (GP) : RM2,700 sekali bayar
  • Bantuan Alat tiruan/ sokongan (BAT)
  • Bantuan Pekerja OKU (EPOKU) : RM450
  • Tabung Bantuan Segera (TBS)

SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN TUNAI JKM

Setiap bantuan yang ditawarkan mempunyai syarat kelayakan khusus, berikut dikongsikan antara kriteria asas bagi permohonan bantuan JKM :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Golongan sasar dan keluarga memerlukan
  • Menepati syarat tambahan bagi bantuan yang dimohon.

LANGKAH CARA MOHON BANTUAN JKM 2024

Bagi mereka yang berkeperluan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini bagi mendapatkan manfaat percuma ini. Panduan cara mohon dan butiran lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – eBantuan JKM

Untuk makluman, bayaran bantuan bulanan JKM akan dikreditkan setiap bulan pada 1 – 10 haribulan. Manakala bayaran bagi bantuan one-off akan diberikan sekali sahaja selepas permohonan diluluskan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Senarai Bantuan Tunai JKM : Yang Boleh Dimohon Julai Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button