Senarai bantuan JKM 2025 yang ramai tidak tahu sebenarnya mereka boleh memohon selagi menepati syarat. Pada sidang belanjawan 2025, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan beberapa jenis bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mereka yang memerlukan.
Hal ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu golongan yang terjejas akibat pelbagai faktor. Bantuan kewangan ini bertujuan untuk meringankan beban masyarakat dan memastikan mereka tidak terpinggir dalam arus pembangunan negara.
SENARAI BANTUAN JKM 2025
Pihak JKM menawarkan pelbagai program bantuan kewangan yang boleh dimohon oleh orang ramai. Antara jenis bantuan yang disediakan termasuklah Bantuan Kebajikan, Bantuan Kanak-kanak, dan juga Bantuan Ibu Tunggal.
Setiap jenis bantuan ini mempunyai syarat dan kelayakan yang tertentu, yang mana pemohon perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan. Ini bagi memastikan bahawa bantuan tersebut disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Berikut dikongsikan senarai jenis bantuan-bantuan kewangan dibawah JKM :
- Bantuan Kanak-kanak (BKK) : Jumlah bantuan RM150 – RM1000 sebulan (sekeluarga)
- Bantuan warga emas (BWE) : Jumlah bantuan RM500 seorang sebulan
- Bantuan Am Persekutuan (BA) : Jumlah bantuan RM100 – RM350 sebulan
- Bantuan OKU : Jumlah bantuan RM300 – RM450 sebulan
- Bantuan persekolahan : Jumlah bantuan bergantung kepada keperluan pelajar
- Bantuan Geran Pelancaran (GP) : Jumlah bantuan RM2,700 one-off.
Nota : Jika anda berada dalam golongan kurang berkemampuan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan mengikut kelayakan.
PANDUAN & PROSES PERMOHONAN BANTUAN JKM
Proses permohonan untuk bantuan kewangan JKM adalah telus dan mengikut peringkat penilaian. Pemohon perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati di laman web rasmi JKM atau di pejabat JKM cawangan.
Setelah borang dilengkapkan, pemohon disarankan untuk menghantar permohonan tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan. Untuk makluman lanjut mengenai bantuan kewangan yang disediakan oleh JKM, individu disarankan untuk merujuk kepada pejabat terdekat atau laman web rasmi – eBantuan JKM .
MAKLUMAT SELANJUTNYA
Pelbagai jenis inisiatif dan bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi memberi manfaat kepada rakyat terutama golongan B40. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Senarai Bantuan JKM 2025 Yang Ramai Tidak Tahu appeared first on Carianterbaru.