eGumisWang Tidak DituntutWangtidakdituntutWTD

Semakan (Wang Tidak Dituntut) Melalui eGUMIS 2024

Semakan (Wang Tidak Dituntut) atau WTD boleh dilakukan melalui portal eGUMIS yang disediakan pada tahun ini. Untuk makluman, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) menyediakan kemudahan semakan dan tuntutan WTD untuk orang awam.

SEMAKAN (WANG TIDAK DITUNTUT) TAHUN 2024

Ramai yang terlepas pandang dan tidak tahu bahawa wang mereka yang telah luput atau sepatutnya diberikan boleh dituntut. WTD adalah merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, tuntutan insuran, dividen atau sebagainya.

Wang ini tidak dituntut oleh empunya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Untuk pengetahuan umum, sebanak RM 11 Bilion wang tidak dituntut telah diterima oleh Jabatan Akauntan Negara sehingga Mac 2023.

Duit WTD ini juga merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada individu namun gagal diberikan dalam tempoh lebih setahun. Antara contoh sumber wang tidak dituntut adalah seperti berikut :

  • Keuntungan yang telah sah disytiharkan untuk dibahagi
  • Upahan, gaji, komisen, bonus serta wang lain yang sepatunya kena bayar kepada kakitangan
  • Dividen
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
  • Simpanan tetap tanpa arahan pembaharuan kontrak baharu (telah matang)
  • Draf bank, cashier order dan dokumen lain yang sama fungsi dimana tempoh sah laku sudah luput
  • Deposit dan cagaran apabila tujuan wang dikutip telah tercapai
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai yang berbaki kredit
  • Wang dalam akaun yang tidak aktif melebihi 7 tahun juga termasuk dalam kategori WTD.

SEMAKAN & TUNTUTAN (WANG TIDAK DITUNTUT)

Orang awam boleh membuat semakan dan tuntutan WTD secara online jika mempunyai seperti sumber diatas. Panduan lengkap dan cara semak telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – eGUMIS ANM

Nota : eGumis hanya mempunyai rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang. Sistem ini hanya membenarkan carian sebanyak 2 kali sehari sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai inisiatif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Semakan (Wang Tidak Dituntut) Melalui eGUMIS 2024 appeared first on Carianterbaru.

Back to top button