BANTUANSTRSumbanganTunaiRahmah

Semakan Status Bantuan STR : Pembayaran Fasa Berikutnya

Semakan Status Bantuan STR : Pembayaran fasa berikutnya iaitu fasa ketiga akan dikreditkan secara berperingkat tidak lama lagi. Seperti sedia maklum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah sebahagian insentif yang diberikan pada tahun ini.

SEMAKAN STATUS BANTUAN STR 2024

Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai bantuan tunai STR adalah bantuan dibawah Belanjawan 2024. Tahun ini adalah merupakan tahun kedua perlaksanaan program bantuan khas ini yang memberi manfaat kepada sekitar lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia.

Terdapat 3 kategori utama yang terlibat dalam pemberian STR pada tahun ini iaitu Belia bujang, warga emas serta isi rumah. Kadar jumlah bayaran bantuan STR pada tahun 2024 adalah sehingga RM3,700 setahun.

Pembayaran disalurkan secara berperingkat mengikut 4 fasa sepanjang tahun ini dan jumlah tertakluk kepada kategori kelayakan. Kaedah bayaran STR diagihkan secara kredit ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN bagi tiada kad bank.

SEMAKAN JADUAL BANTUAN STR FASA BERIKUTNYA

Seperti sedia maklum, bayaran fasa sebelum ini telah diberikan pada bulan Januari dan April 2024. Dibawah dikongsikan jadual lengkap pembayaran STR bagi sesi tahun 2024 seperti berikut :

  • STR fasa (1) : Bermula 29 Januari 2024
  • STR fasa (2) : Bermula 3 April 2024
  • STR fasa (3) : Bermula Ogos 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)
  • STR fasa (4) : Bermula November 2024 (Tarikh akan dimaklumkan)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR MENGIKUT KATEGORI

Kadar jumlah bayaran STR akan dikreditkan secara berperingkat mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak bagi isi rumah. Berikut adalah jumlah yang akan dibayar pada tahun ini mengikut kategori kelayakan.

KATEGORI BELIA BUJANG (21 TAHUN KEATAS)

  • RM350 seorang

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM600 seorang

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • RM1,000 : Tiada anak (0)
  • RM1,500 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM2,000 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM2,500 : Mempunyai bilangan anak (lebih dari 5)

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • RM500 : Tiada anak (0)
  • RM750 : Mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM1,000 : Mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM1,250 : Mempunyai bilangan anak (lebih dari 5)

Nota : Jumlah bayaran diatas akan dikreditkan kepada penerima mengikut pecahan 4 fasa pembayaran pada tahun ini. Semakan status bayaran dan kemaskini boleh dilakukan secara online, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MYSTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Semakan Status Bantuan STR : Pembayaran Fasa Berikutnya appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button