BANTUANFASA 3MySTR

Semakan MySTR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan

Semakan MySTR Fasa 3 : Tarikh & jumlah bayaran bagi bantuan tunai STR pada tahun ini telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan. Seperti sedia maklum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini telah memasuki tahun kedua pelaksanaan.

SEMAKAN MYSTR FASA 3

Kerajaan telah memperkenalkan program Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun lalu dan atas keprihatinan, program ini masih terus dilancarkan. Bagi sesi tahun 2024, kadar jumlah bantuan tunai STR telah ditingkat sehingga RM3,700 berbanding tahun lalu RM3,100.

Kategori kelayakan penerima yang terlibat adalah daripada belia bujang, warga emas tiada pasangan dan isi rumah (berkeluarga). Kementerian kewangan telah menetapkan jumlah bayaran STR adalah tertakluk kepada kategori dan bilangan tanggungan anak.

Pembayaran bagi STR fasa pertama dan kedua telahpun selesai dibayar pada bulan Januari dan April lalu kepada rakyat Malaysia. Jadual pengagihan bayaran fasa berikutnya adalah selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2024.

KADAR JUMLAH BAYARAN MYSTR FASA 3

Berdasarkan tahun lalu, bayaran fasa ketiga adalah dari RM100 sehingga RM800 dan jumlah ditentukan mengikut kategori. Buat masa ini masih belum dimaklumkan berkenaan kadar sebenarnya bagi fasa 3 tahun ini, di bawah dikongsikan jumlah keseluruhan mengikut kategori STR 2024 :

KATEGORI BELIA BUJANG (21 TAHUN – 59 TAHUN)

  • RM350 seorang

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM600 seorang

KATEGORI ISI RUMAH/ KELUARGA B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak (0) – RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) – RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) – RM2,000
  • Bilangan anak (5>) – RM2,500

ISI RUMAH/ KELUARGA M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tiada anak (0) – RM500
  • Bilangan anak (1-2) – RM750
  • Bilangan anak (3-4) – RM1,000
  • Bilangan anak (5>) – RM1,250

Nota : Jumlah keseluruhan mengikut kategori diatas akan dikreditkan melalui 4 fasa pembayaran pada Januari, April, Ogos dan November 2024.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR 2024

Bagi mereka yang merupakan penerima sedia ada bantuan tunai STR, kalian boleh membuat kemaskini maklumat dan semakan status pembayaran. Untuk semak sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini di halaman utama atau sertai group di bawah untuk info lengkap.

The post Semakan MySTR Fasa 3 : Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button