BANTUANBarang DapurSARA

Semakan Kelayakan Penerima Bantuan Barang Dapur RM1200

Dalam usaha untuk meringankan beban golongan kurang mampu, program bantuan barang dapur diperkenalkan sebagai lanjutan kepada inisiatif sumbangan tunai rahmah (STR). Bantuan ini khusus bagi penerima sumbangan tunai rahmah, di mana ia melibatkan seramai 700,000 penerima.

PROGRAM BANTUAN BARANG DAPUR

Program ini bertujuan memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan dengan bantuan barang dapur sehingga RM1200 setahun. Untuk melakukan semakan kelayakan sebagai penerima bantuan ini, individu boleh melayari laman web berkaitan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Proses semakan boleh dilakukan dengan mudah secara online dan hanya perlu mengisi beberapa maklumat peribadi untuk tujuan semakan status. Bagi pengetahuan umum, hanya penerima sedia ada STR tahun ini sahaja boleh membuat semakan.

Bantuan barang dapur ini tidak memerlukan sebarang permohonan, ianya diberikan mengikut kelayakan yang telah ditetapkan.

Kepada yang terlepas pandang, jumlah bayaran Sumbangan Asas Rahmah (Barang dapur) ini adalah berbeza mengikut kategori seperti berikut :

  • Penerima STR isi rumah dan warga emas (Miskin) : RM1,200
  • Penerima STR bujang (miskin) : RM600
  • Penerima STR isi rumah (bukan miskin) : RM300
  • Penerima STR bujang dan warga emas (bukan miskin) : RM150.

Kaedah pembayaran bantuan ini diagihkan secara kredit ke dalam mykad dan tebus tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional. Sekiranya anda merupakan penerima STR 2024, semakan status kelayakan masih boleh dibuat melalui laman portal rasmi – MyKasih SARA

Program ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada mereka yang layak dengan meringankan kos perbelanjaan harian khususnya bagi barangan dapur. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan masyarakat yang kurang berkemampuan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik, tanpa tekanan kewangan yang berlebihan.

Oleh itu, adalah penting bagi mereka yang layak untuk segera melakukan semakan bagi mendapatkan bantuan ini. Pembayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah ini akan selesai diberikan pada Disember 2024.

INFO SELANJUTNYA

Pada tahun ini pihak kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Semakan Kelayakan Penerima Bantuan Barang Dapur RM1200 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button