BANTUANJadual BayaranSARA

SARA : Jadual Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024

SARA : Jadual Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah bagi sesi tahun ini telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan. Seperti sedia maklum, inisiatif tambahan SARA ini adalah salah satu bantuan di bawah Belanjawan 2024.

JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA 2024

Kerajaan telah memperkenalkan insentif tambahan pemberian Sumbangan Asas Rahmah dan merupakan lanjutan daripada program Sumbangan Tunai Rahmah. Bantuan istimewa ini diberikan secara automatik kepada penerima STR sahaja.

Jadual bagi pembayaran bantuan asas rahmah ini adalah bermula Januari sehingga Disember 2024 yang melibatkan bayaran secara bulanan. Namun kepada penerima STR yang berada di Sabah, Sarawak dan Labuan akan menerima bayaran sebanyak 2 kali pada tahun ini iaitu Februari dan Ogos 2024.

Pemberian sumbangan asas ini melibatkan kategori bujang, warga emas dan juga isi rumah yang berstatus miskin tegar dan bukan miskin. Bantuan SARA ini boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di mana-mana pasaraya berdaftar.

KADAR BAYARAN BANTUAN SARA MENGIKUT KATEGORI

Kerajaan telah menawarkan bantuan SARA pada kadar serendah RM150 sehingga RM1,200 setahun dan jumlah ditentukan mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI MISKIN / MISKIN TEGAR

  • Penerima STR kategori bujang : RM600
  • Penerima STR kategori isi rumah & warga emas : RM1,200

BUKAN MISKIN / MISKIN TEGAR

  • Penerima STR kategori bujang & warga emas : RM150
  • Penerima STR kategori isi rumah : RM300

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARA 2024

Penyaluran bantuan khas ini dilakukan secara kredit ke dalam mykad penerima STR bagi negeri di semenanjung. Manakala negeri Sabah, Sarawak dan Labuan tebus tunai di BSN berdekatan.

Pembayaran telah mula diagihkan bagi kategori penerima berstatus miskin dan miskin tegar. Untuk penerima bukan miskin tegar, pembayaran akan dilakukan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA 2024

Untuk makluman umum, pemberian Sumbangan Asas tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ianya diberikan hanya untuk penerima STR. Semakan status kelayakan boleh dilakukan melalui laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA

INFO LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan insentif bantuan kewangan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini di halaman utama atau sertai group di bawah untuk rujukan lebih pantas.

The post SARA : Jadual Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button