BANTUANSARASumbangan Asas Rahmahsumbanganasasrahmah

SARA : Bantuan RM50 & RM100 Dikreditkan Ke Dalam MyKad

SARA : Bantuan RM50 & RM100 dikreditkan setiap bulan ke dalam MyKad kepada penerima STR yang layak sepanjang tahun ini. Seperti yang telah dimaklumkan Kementerian Kewangan, inisiatif khas SARA ini adalah sebahagian bantuan di bawah Belanjawan 2024.

SARA : BANTUAN RM50 & RM100 SETIAP BULAN

Pihak kerajaan telah bersetuju melanjutkan program pemberian Sumbangan Asas Rahmah atau lebih dikenali sebagai SARA. Pemberian bantuan khas ini adalah merupakan insentif tambahan yang diberikan kepada penerima STR tahun ini sahaja.

Sekitar 600,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah layak mendapatkan manfaat yang sumbangan SARA ini secara automatik. Kerajaan telah memaklumkan bahawa bantuan SARA tidak memerlukan sebarang permohonan kerana ianya diberikan mengikut kelayakan dalam sistem data.

Bagi penerima yang berada di semenanjung Malaysia, mereka akan menerima bayaran bantuan ini secara kredit ke dalam Mykad. Amaun kredit bantuan yang diberikan secara bulanan tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar seluruh Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2024

Bagi pengetahuan umum, kategori kelayakan penerima SARA adalah terdiri daripada golongan bujang, warga emas dan isi rumah. Kadar bayaran bantuan ini adalah dari RM150 sehingga RM1,200 setahun, amaun ditentukan mengikut kategori.

Di bawah adalah kriteria syarat asas kelayakan pemberian Sumbangan Asas Rahmah sesi tahun 2024 :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan Penerima STR
  • Kategori bujang, warga emas dan isi rumah
  • Berstatus miskin / miskin tegar dan berstatus bukan miskin dan miskin tegar.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA RM50 & RM100

Pengagihan pembayaran bantuan SARA telahpun bermula pada Januari lalu dan dikreditkan setiap bulan bagi kategori miskin dan miskin tegar sahaja. Manakala untuk penerima STR yang bukan berada dalam kelompok miskin tegar, bayaran RM150 dan RM300 akan dimaklumkan pada tarikh yang akan diumumkan.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA 2024

Jika anda merupakan penerima sedia ada STR pada tahun ini, semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif ini boleh dilakukan secara online. Untuk semakan dan panduan lengkap sila layari laman portal rasmi bantuan – SARA 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

The post SARA : Bantuan RM50 & RM100 Dikreditkan Ke Dalam MyKad appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button