AirBANTUANSADE

SADE : Skim Bil Air Percuma Setiap Bulan Sepanjang Tahun 2024

SADE : Skim Bil Air percuma setiap bulan sepanjang tahun ini telah disediakan bagi memberi manfaat kepada pengguna. Pelbagai jenis skim bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini bagi membantu mengurangkan beban rakyat terutama golongan B40.

SKIM BIL AIR PERCUMA – SADE

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Skim Air Darul Ehsan atau SADE. Program istimewa ini adalah inisiatif dibawah skim payung iltizam Selangor penyayang (ISP).

Menerusi skim khas ini, orang awam yang berkelayakan boleh mendapatkan bantuan bila air secara percuma setiap bulan sepanjang tahun 2024. Perlaksanaan skim ini adalah khusus buat mereka yang berkeperluan bagi mengurangkan beban kos sara hidup.

ASAS SYARAT KELAYAKAN SKIM BIL AIR PERCUMA

Terdapat beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan bagi mendapatkan skim bil air percuma ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon menetap di negeri Selangor
  • Pendapatan isi rumah bulanan dibawah RM5,000 (B40 & M40)
  • Kediaman jenis meter individu
  • Setiap pemohon hanya layak mohon bagi satu (1) akaun atau premis sahaja.

Nota tambahan : Dimaklumkan bahawa penduduk pangsapuri kos rendah yang menerima bekalan air melalui akaun meter secara pukal akan terus menerima 20m3 air percuma dibawah SADE. Perlaksanaan adalah sehingga 31 Disember 2024 secara menyeluruh.

CARA DAFTAR & MOHON SKIM BIL AIR PERCUMA

Bagi mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan sepanjang tahun ini secara dalam talian. Panduan cara mohon dan butiran terperinci berkenaan skim ini telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – SADE 2024

Pemohon juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengisi borang permohonan SADE. Kemudian hantar ke pejabat wilayah pengurusan air Selangor Sdn Bhd atau alamat e-mel di [email protected].

INFO SELANJUTNYA

Pada tahun ini kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan telah menyediakan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. Perkara ini adalah bagi mengurangkan dan meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Kepada mereka yang tidak tahu atau terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang masih ada pada tahun 2024 dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post SADE : Skim Bil Air Percuma Setiap Bulan Sepanjang Tahun 2024 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button