BANTUANFASA 3STR

Rasmi : Pembayaran Bantuan STR Fasa 3 Dikreditkan Ogos Ini

Rasmi : Pembayaran Bantuan STR fasa ketiga (3) akan dikreditkan secara berperingkat pada hujung bulan Ogos ini kepada penerima. Pada jadual asal bayaran STR, kementerian kewangan telah memaklumkan pemberian bantuan tunai fasa 3 dibayar pada bulan ini.

RASMI : PEMBAYARAN BANTUAN STR 2024

Pihak kerajaan telah bersetuju melaksanakan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR bagi sesi 2024. Jumlah bayaran keseluruhan STR tahun ini telah dinaikkan sehingga RM3,700 berbanding tahun lalu RM3,100.

Jumlah tersebut termasuk insentif tambahan SARA iaitu dalam bentuk bantuan asas rahmah. Kategori penerima STR tahun ini adalah dari belia bujang, isi rumah dan warga emas tiada pasangan.

Buat masa ini pembayaran STR fasa pertama dan fasa kedua telahpun selesai dikreditkan pada bulan Januari dan April lalu yang melibatkan 3 kategori utama tersebut. Untuk makluman umum, tidak lama lagi bayaran fasa ketiga STR akan mula disalurkan dijangka pada hujung bulan Ogos ini.

PENERIMA PEMBAYARAN BANTUAN STR FASA 3

Senarai penerima bayaran STR fasa kali ini adalah isi rumah dari golongan B40 dan M40 serta warga emas dan bujang. Kadar bayaran yang akan dikreditkan adalah sehingga RM500, nilai ditentukan mengikut kelayakan kategori.

Dibawah dikongsikan maklumat berkenaan jumlah bayaran keseluruhan yang dikreditkan mengikut kategori sepanjang tahun ini.

KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG

  • Warga emas – RM600
  • Bujang – RM350

KATEGORI KELUARGA B40

  • Tiada anak – RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) – RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) – RM2,000
  • Bilangan anak (5 dan lebih) – RM2,500

KELUARGA M40

  • Tiada anak – RM500
  • Bilangan anak (1-2) – RM750
  • Bilangan anak (3-4) – RM1,000
  • Bilangan anak (5 dan lebih) – RM1,250

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR BULAN INI

Kepada rakyat Malaysia yang merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini. Semakan status bayaran terkini boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi bantuan – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada sepanjang tahun ini dan bersesuaian untuk anda mohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Rasmi : Pembayaran Bantuan STR Fasa 3 Dikreditkan Ogos Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button