Pungutan Pingat Malaysia di Temasya Paralimpik 2024
Pungutan Pingat Malaysia terkini di temasya sukan Paralimpik 2024 yang telah melaburkan tirai bagi edisi kali ini. Malaysia terus menunjukkan peningkatan prestasi dalam Temasya Paralimpik 2024.
Dengan persiapan yang teliti dan sokongan penuh dari pelbagai pihak, para atlet telah berjaya mencapai beberapa pencapaian cemerlang. Perlumbaan untuk mencapai pungutan pingat adalah sangat sengit, namun usaha keras mereka akhirnya terbayar dengan hasil yang membanggakan.
Pungutan Pingat Malaysia (Keseluruhan)
Seramai 30 atlet negara telah berjaya melayakkan diri secara merit ke temasya suka paralimpik Paris 2024. Pada edisi ke-17 ini berlangsung pada 28 Ogos 2024 sehingga 8 September 2024.
Dalam Temasya Paralimpik kali ini, atlet Malaysia telah berjaya memenangi pingat dalam pelbagai acara termasuk olahraga, powerlifting, dan badminton. Antara pencapaian yang menonjol adalah dalam acara lompat jauh dan badminton.
Setiap pingat yang dimenangi adalah hasil dedikasi yang tinggi dari para atlet serta bimbingan daripada jurulatih berpengalaman. Berikut adalah jumlah pingat yang berjaya diraih pada edisi kali ini :
- Emas : 2 pingat
- Perak : 2 pingat
- Gangsa : 1 pingat
Sokongan dan Perancangan Masa Depan
Temasya Paralimpik 2024 bukan sahaja menjadi platform untuk mempamerkan bakat atlet Malaysia tetapi juga untuk memperkukuhkan sokongan dan perancangan masa depan sukan paralimpik di negara ini. Pihak berkuasa sukan memandang serius kepada penyediaan fasiliti dan program latihan yang berterusan.
Dengan dedikasi yang tidak berbelah bahagi, diharapkan atlet Malaysia akan terus maju dan memecahkan rekod-rekod baru dalam temasya sukan akan datang.
Kejayaan dalam Temasya Paralimpik 2024 seharusnya menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak muda Malaysia untuk terlibat dalam sukan paralimpik dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa pada masa akan datang.
The post Pungutan Pingat Malaysia di Temasya Paralimpik 2024 appeared first on Carianterbaru.