BANTUANSyukur Sabah

Program Syukur Sabah : Bantuan Kewangan RM900

Program Syukur Sabah adalah merupakan satu inisiatif bantuan kewangan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk membantu penduduk. Insentif khas RM900 ini diberikan khusus kepada golongan yang terkesan oleh pelbagai situasi, termasuk cabaran ekonomi.

Sumbangan ini serupa dengan program Sumbangan Tunai Rahmah, yang bertujuan untuk memberikan sokongan kewangan kepada mereka yang memerlukan.

PROGRAM SYUKUR SABAH 2025

Diperkenalkan pada tahun 2025, program ini memberi perhatian khusus kepada mereka yang berada dalam kesulitan. Program sentuhan kasih rakyat atau syukur sabah ini adalah sebuah insentif bantuan tunai.

Dengan menyediakan bantuan kewangan, diharapkan ia dapat meringankan beban penduduk yang terjejas, terutamanya dalam aspek keperluan harian dan pemulihan ekonomi.

Program ini bertujuan untuk memastikan semua penduduk Sabah memiliki akses kepada sokongan yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik. Untuk fasa kedua program Syukur Sabah, pembayaran telah mula dikreditkan pada bulan April.

Ini adalah langkah penting bagi menyerahkan sokongan keperluan kepada rakyat yang memerlukan. Dengan adanya bantuan ini, diharapkan akan ada pengurangan tekanan kewangan yang dialami oleh banyak keluarga.

Inisiatif ini juga menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kesejahteraan rakyat. Bantuan kewangan khas ini adalah insentif dibawah Belanjawan 2025.

KELAYAKAN SYUKUR SABAH

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan dalam program syukur Sabah adalah seperti :

  • Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun keatas
  • Ketua isi rumah (KIR) yang disenarai dalam penerima miskin tegar dan miskin ekasih
  • Ketua isi rumah (KIR) belum disenarai dalam sistem ekasih (pendapatan dibawah PGK)
  • Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah minima 1 tahun
  • Pemohon adalah pemegang kad pengenalan berstatus H

SEMAKAN STATUS BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Jika anda menepati kriteria kelayakan, semakan status sama ada layak atau tidak boleh dibuat secara dalam talian. Berikut adalah langkah-langkah mudah anda membuat semakan status ;

  1. Layari laman web rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 – https://syukur.sabah.gov.my/
  2. Sila masukkan 12 digit nombor kad pengenalan anda di ruangan yang disediakan
  3. Klik butang semakan dan status akan dipaparkan pada skrin.

Jika layak, maklumat pembayaran anda akan dipaparkan dan bantuan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan peribadi.

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Kerajaan MADANI telah sediakan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Program Syukur Sabah : Bantuan Kewangan RM900 appeared first on Carianterbaru.

Show More
Back to top button