BANTUANBiasiswaDermasiswa

Program Dermasiswa B40 : Permohonan Dibuka 5 Ogos Ini

Program Dermasiswa B40 : Permohonan akan dibuka mulai 5 Ogos 2024 sehingga 18 Ogos 2024 kepada mereka yang berkelayakan. Untuk makluman umum, Dermasiswa ini adalah salah satu program inisiatif khusus buat golongan B40.

PROGRAM DERMASISWA B40 TAHUN 2024

Pelbagai program dan inisiatif telah diperkenalkan sepanjang tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat dari pelbagai golongan. Sebuah program telah diperkenalkan dan akan mula dilaksanakan pada bulan hadapan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan sebuah inisiatif kepada para pelajar yang berkelayakan dan memerlukan melalui program dermasiswa B40 (DB40) 2024. Permohonan secara dalam talian akan dibuka tidak lama lagi.

Program khas ini ditawarkan khusus kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di mana-mana institusi. Mereka yang berada dalam kelompok keluarga B40 berpendapatan rendah layak untuk mohon program penajaan dermasiswa.

Tujuan utama perlaksanaan skim program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar lepasan SPM dalam kelompok keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Antaranya ke arah peringkat diploma dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) di universiti awam (UA).

SYARAT UMUM PROGRAM DERMASISWA B40

Kepada mereka (calon) yang berminat, antara syarat asas kelayakan yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah keluarga RM5,000 sebulan kebawah / Golongan B40
  • Ibu bapa / penjaga tidak disenarai hitam oleh pihak JPA atau dalam tindakan undang-undung JPA
  • Pemohon mempunyai kesihatan dalam keadaan baik
  • Menduduki perperiksaan SPM 2023 buat pertama kali di mana-mana sekolah menengah
  • Umur belum mencapai 19 tahun atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan mereka duduki
  • Belum pernah menerima bantuan kewangan atau tajaan dari mana-mana agensi di peringkat / pengajian yang sama
  • Telah mendapat tempat untuk memulakan pengajian di institusi pengajian.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN DERMASISWA

Kepada pelajar yang berkeperluan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – DERMASISWA B40

Permohonan dibuka bermula 5 Ogos 2024 sehingga 18 Ogos 2024 seluruh Malaysia.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Program Dermasiswa B40 : Permohonan Dibuka 5 Ogos Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button