Program Biasiswa JPA bagi lepasan SPM ditawarkan pada tahun ini kepada para pelajar yang menepati kriteria kelayakan. Setelah menamatkan zaman persekolahan, pelajar Malaysia berhadapan dengan bermacam jenis tawaran pilihan bagi melanjutkan pengajian.
PROGRAM BIASISWA JPA
Pembiayaan pengajian seperti biasiswa amat penting kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Pelbagai jenis program biasiswa lepasan SPM telah ditawarkan pada tahun ini khusus untuk pelajar yang berada dalam lingkungan keluarga B40.
Biasiswa adalah merupakan salah satu bentuk program bantuan tunai yang ditawarkan oleh pelbagai pihak untuk membantu meringankan kos pengajian calon. Di halaman ini dikongsikan tiga (3) kategori tawaran biasiswa yang disediakan bagi lepasan SPM.
SYARAT KELAYAKAN BIASISWA JPA
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memperkenalkan biasiswa yang paling berprestij dan kompetitif dalam negara Malaysia. Biasiswa ditawarkan kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian mengikut bidang pilihan dalam sektor awam.
Laman portal JPA telah menyatakan pada tahun 2021 sekitar 2,000 pelajar telah berjaya terpilih untuk menerima biasiswa dibawah JPA daripada 15,000 permohonan dikemukakan. Antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti di bawah :
- Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
- Kelayakan umur tidak melebihi 25 tahun
- Aktif secara langsung dalam kokurikulum
- Memperoleh sekurang-kurangnya 9A dalam peperiksaan SPM termasuk bahasa melayu dan sejarah
- Tidak terlibat dengan dadah.
MANFAAT PROGRAM BIASISWA
Kepada mereka yang lulus permohonan, manfaat yang didapatkan adalah seperti yuran pengajian, elaun sara hidup RM1500 sebulan, elaun buku RM1,000 setahun. Manakala bagi pelajar luar negara akan menerima elaun tiket penerbangan pergi dan balik.
Antara tawaran bidang pengajian dibawah biasiswa JPA seperti :
- Kejuruteraan
- Perubatan
- Perakaunan
- Undang-undang
- Sains dan teknologi
- Teknologi maklumat
- Pendidikan umum.
PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BIASISWA
Kepada anak-anak lepasan SPM yang ingin melanjutkan pengajian dan menepati kriteria kelayakan, pendaftaran permohonan pembiayaan biasiswa ini boleh dibuat sebelum tarikh tutup. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – Biasiswa JPA
MAKLUMAT LANJUT
Pelbagai jenis kemudahan, biasiswa dan inisiatif bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif yang masih ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Program Biasiswa JPA : Tawaran Bagi Lepasan SPM appeared first on Carianterbaru.