BANTUANBUDISubsidi MADANI

Program Bantuan Subsidi MADANI : Kategori Penerima

Program Bantuan Subsidi MADANI : Terdapat 3 kategori penerima dalam inisiatif khas ini yang mula dilaksanakan pada tahun ini. Bermula Mei ini permohonan telah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan.

PROGRAM BANTUAN SUBSIDI MADANI

Untuk makluman, BUDI MADANI ini adalah wadah kerajaan perpaduan bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Dalam belanjawan 2024 yang telah diumumkan, komitmen untuk menyasarkan semula subsidi bahan api untuk mengekang aktiviti penyeludupan serta ketirisan subsidi rakyat.

Perlaksanaan BUDI MADANI ini adalah bagi memastikan kebajikan majoriti rakyat Malaysia terus terpelihara. Inisiatif istimewa ini diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya untuk golongan yang memerlukan sahaja.

Dalam program bantuan ini terdapat tiga (3) kategori penerima iaitu :

  1. MySubsidi Diesel
  2. BUDI Agri-komoditi
  3. BUDI Individu

Bagi penerima yang berkelayakan untuk kategori BUDI Agri-komoditi dan BUDI individu, mereka akan dapat RM200 sebulan seiring dengan perlaksanaan subsidi diesel. Bagi pengetahuan, BUDI Individu adalah merupakan sumbangan tunai kerajaan dari lanjutan perlaksanaan penyasaran subsidu diesel.

Kategori ini adalah diberikan khusus untuk mereka yang bukan daripada golongan T20 yang memiliki kenderaan jenis diesel.

SYARAT KELAYAKAN MOHON BANTUAN SUBSIDI MADANI

Antara beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi permohonan BUDI Individu adalah seperti :

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan adalah tidak melebihi RM100,000
  • Mempunyai kenderaan persendirian jenis minyak diesel
  • Berdaftar di JPJ dengan menggunakan nombor MyKad.

Syarat yang tidak layak adalah seperti :

  • Motorsikal menggunakan minyak diesel
  • Kenderaan persendirian yang berdaftar atas kegunaan syarikat
  • Kenderaan mewah usia dibawah 10 tahun
  • Kenderaan daftar sebagai e-hailing.

PANDUAN MOHON BANTUAN SUBSIDI MADANI

Kepada mereka yang berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan bermula 28 Mei 2024 secara dalam talian. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – BUDI MADANI

Terdapat pelbagai manfaat yang boleh didapatkan daripada program BUDI MADANI ini. Mereka yang berkelayakan disarankan memohon agar dapat menikmati inisiatif yang ditawarkan.

INFO LANJUT

Kerajaan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia terutama golongan terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post Program Bantuan Subsidi MADANI : Kategori Penerima appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button