Program Bantuan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah merupakan inisiatif yang dirancang untuk membantu golongan B40 di Malaysia. Bermula dari bulan April hingga Disember tahun ini, bantuan kewangan dalam bentuk sumbangan akan diberikan kepada mereka yang memenuhi syarat.
Dengan jumlah bantuan yang akan dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad, penerima akan merasai impaknya secara langsung.
PROGRAM BANTUAN (SARA) SESI KEDUA
Untuk makluman umum, perlaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sesi pertama telahpun selesai diberikan pada bulan Januari sehingga Mac lalu. Kini perlaksanaan SARA bagi sesi kedua sedang dijalankan dan melibatkan golongan bukan miskin (B40).
Bantuan yang ditawarkan melalui program SARA ini berjumlah RM450 hingga RM2,100 setahun, bergantung kepada kategori yang terlibat. Kategori ini termasuk belia bujang, warga emas, dan isi rumah yang memerlukan.
Diharapkan dengan bantuan ini, mereka dapat meringankan beban dan memperbaiki kualiti hidup mereka. Dijangka bahawa sesi kedua pembayaran SARA akan memberi manfaat kepada sekitar 5.4 juta penduduk Malaysia.
Program ini bukan sahaja memberikan bantuan kewangan, tetapi juga berperanan dalam meningkatkan kemampuan ekonomi golongan yang terlibat. Dengan adanya bantuan ini, golongan B40 dapat merancang kehidupan mereka dengan lebih baik tanpa tertekan dengan masalah kewangan.
KADAR BAYARAN BANTUAN (SARA) SESI KEDUA
Bagi pengetahuan umum, berikut adalah kadar bayaran bulanan SARA sesi kedua (April – Disember) mengikut kategori :
- Kategori isi rumah : B40 (RM100) sebulan / Miskin (RM200) sebulan
- Kategori warga emas : B40 (RM50) sebulan / Miskin (RM150) sebulan
- Kategori bujang : B40 (RM0) tiada bayaran / Miskin (RM50) sebulan.
Nota : Diatas adalah kadar bayaran yang dikreditkan secara automatik setiap bulan sehingga hujung tahun ini. Nilai akan ditambah ke bulan berikutnya, penerima boleh menyimpan baki yang tidak digunakan pada bulan semasa.
Jika anda merupakan penerima STR tahun ini jangan lepaskan peluang untuk dapatkan dan gunakan insentif tambahan percuma ini. Kredit bantuan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdekatan.
Untuk semak sama ada anda layak atau tidak dan berapa nilai bantuan yang ada terima, sila kunjungi laman rasmi – https://www.mykasih.com.my/
Bagi lebih memudahkan untuk semak barangan yang boleh dibeli menggunakan kredit SARA, anda boleh muat turun aplikasi MyKasih di telefon pintar.
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan MADANI telah tawarkan pelbagai kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.
The post Program Bantuan (SARA) Kini Dikreditkan Untuk B40 appeared first on Carianterbaru.