BANTUANIbu Bersalin

Program Bantuan Ibu Bersalin (BIB) RM450 Untuk Rakyat

Program Bantuan Ibu Bersalin (BIB) merupakan salah satu inisiatif yang penting bagi rakyat Malaysia, khususnya bagi penduduk negeri Sarawak. Bermula 1 Januari 2020, program ini telah dilaksanakan untuk membantu ibu yang mengandung dan baru bersalin, dengan insentif berjumlah RM450 bagi setiap kelahiran.

Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh para ibu dalam menghadapi proses melahirkan anak.

PROGRAM BANTUAN IBU BERSALIN (BIB)

Perlaksanaan inisiatif istimewa BIB ini adalah bertujuan meringankan beban kewangan bagi pengurusan selepas melahirkan anak. Dengan adanya bantuan tunai one-off RM450 ini dapat membantu dari segi pembelian barangan keperluan ibu selepas melahirkan anak.

Bagi ibu-ibu yang ingin memohon bantuan ini, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Pemohon mesti merupakan penduduk negeri Sarawak dan sedang mengandung atau telah melahirkan anak.

Proses pemohonan adalah mudah dan semua maklumat boleh didapati melalui laman web rasmi kerajaan negeri untuk memastikan semua prosedur diikuti dengan betul.

Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan bahawa program ini akan terus dilaksanakan sehingga tahun 2024. Ini memberikan harapan kepada semua ibu-ibu di negeri ini bahawa mereka akan menerima sokongan yang diperlukan dalam fasa penting kehidupan mereka.

Dengan pelaksanaan program ini, kerajaan negeri menunjukkan komitmen mereka dalam menjaga kebajikan ibu dan anak.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN

Antara kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut :

  • Wajib berstatus warganegara Malaysia
  • Melahirkan bayi di luar atau dalam negeri Sarawak
  • Ibu adalah pemegang kad MyKad Sarawak yang berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang MyKad berstatus ‘K’

Nota : Permohonan boleh dikemukakan bermula pada usia kandungan 22 minggu sehingga tempoh usia anak 3 bulan selepas bersalin. Untuk panduan permohonan dan butiran lengkap, sila ke pautan rasmi – KPWK (BIB)

MAKLUMAT SELANJUTNYA

Selain itu terdapat lebih banyak lagi jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan dan negeri bagi memberi manfaat kepada penduduk Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

The post Program Bantuan Ibu Bersalin (BIB) RM450 Untuk Rakyat appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button