BANTUANBINGKASeWallet

Program Bantuan Bulanan eWallet – Untuk B40 dan M40

Program bantuan bulanan ewallet berjumlah RM300 adalah satu inisiatif yang dilaksanakan setiap tahun oleh kerajaan negeri untuk membantu rakyat. Inisiatif ini khususnya ditujukan kepada golongan B40 dan M40 yang layak dan memerlukan sokongan kewangan dalam menjalani kehidupan seharian.

PROGRAM BANTUAN BULANAN EWALLET

Pihak kerajaan telah memperkenal dan menyediakan sebuah inisiatif program bantuan ewallet atau bantuan kehidupan sejahtera Bingkas. Program ini menyasarkan sekitar 30,000 isi rumah dengan bantuan RM300 sebulan setiap tahun.

Bantuan ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat dengan memberikan insentif yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas dan pendidikan. Dengan menggunakan e-wallet, penerima bantuan dapat membeli pelbagai barang di pasaraya berdaftar, yang menjamin akses kepada produk berkualiti dan harga yang berpatutan.

Untuk makluman umum, bantuan ini diberikan dalam bentuk ewallet bukan secara tunai. Amaun RM300 akan dikreditkan secara automatik setiap bulan kepada pemohon yang layak.

Penerima bantuan ini wajib menggunakan nilai bantuan yang diberikan setiap bulan kerana baki yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke bulan berikutnya.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BULANAN EWALLET

Berikut adalah berberapa kriteria asas syarat kelayakan bantuan ewallet bulanan :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Kelompok B40 dan M40
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan kebawah sekurang-kurangnya 2 orang
  • Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di Selangor.

Pendaftaran bagi program bantuan bulanan ini dibuka kepada golongan B40 dan M40 perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Proses permohonan biasanya dilakukan secara dalam talian, memudahkan penerima untuk mengakses bantuan ini.

Dengan adanya bantuan ini, diharapkan dapat meringankan beban golongan yang memerlukan, terutama ketika menghadapi cabaran ekonomi. Untuk semakan lebih terperinci dan panduan permohonan, sila layari laman rasmi – eWALLET BINGKAS

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan seperti inisiatif bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif yang ada sepanjang tahun dan bersesuaian untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Program Bantuan Bulanan eWallet – Untuk B40 dan M40 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button