BANTUANBUDI MADANISubsidi MADANI

Program Bantuan BUDI MADANI 2024 : Permohonan Dibuka

Program Bantuan BUDI MADANI kini telahpun dilancarkan oleh pihak kerajaan perpaduan bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Bantuan khas ini merupakan sebahagian inisiatif yang diperkenalkan pada tahun 2024.

PROGRAM BANTUAN BUDI MADANI 2024

Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan perlaksanaan program bantuan BUDI MADANI atau Subsidi MADANI yang dilancarkan tahun 2024. Program ini ditawarkan khusus kepada 3 kategori iaitu pekebun kecil komoditi, petani dan pemilik kenderaan jenis diesel.

Permohonan telah dibuka bermula 28 Mei 2024 dan boleh dikemukakan selagi menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan. Kepada pemohon yang lulus, bayaran pertama akan dikreditkan pada 10 Jun 2024.

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah bernilai RM200 dan akan disalurkan secara setiap bulan kepada penerima. Bantuan tunai ini dikreditkan ke dalam akaun bank individu, kepada yang tiada akaun bank mereka boleh tebus tunai di mana-mana cawangan BSN seluruh semenanjung Malaysia.

SYARAT LAYAK MOHON BANTUAN BUDI MADANI

Untuk permohonan bantuan subsidi diesel bagi kategori BUDI Individu, antara kriteria syarat kelayakan adalah seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Pendapatan tahunan isi rumah tidak melebihi RM100,000
  • Memiliki kenderaan jenis minyak diesel hak milik persendirian yang berdaftar dengan JPJ
  • Kenderaan jenis mewah di bawah usia 10 tahun tidak layak
  • Kenderaan mempunyai cukai jalan yang masih aktif.

Untuk permohonan BUDI Agri-komoditi pula, syarat kelayakan adalah seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan petani atau pekebun kecil
  • Masih aktif dengan hasil jualan pertanian tahunan diantara RM50,000 hingga RM300,000.

PANDUAN LENGKAP MOHON BANTUAN BUDI

Kepada orang awam yang berkelayakan disarankan kemukakan permohonan inisiatif ini bagi mendapatkan manfaat yang disediakan. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – BUDI MADANI

Semua permohonan yang diterima akan disemak silang dengan data di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Perlaksanaan program khas bantuan subsidi ini adalah bagi membantu golongan bukan T20.

INFO LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada di halaman utama atau sertai group dibawah untuk info lengkap.

The post Program Bantuan BUDI MADANI 2024 : Permohonan Dibuka appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button