Am PersekutuanBANTUAN

Program Bantuan Am Persekutuan : RM100 – RM350 Sebulan

Program Bantuan Am Persekutuan : Kadar bayaran ditawarkan bermula dari RM100 sehingga RM350 sebulan tertakluk kepada kelayakan. Untuk pengetahuan umum, perlaksanaan bantuan khas (BA) ini merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

PROGRAM BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat atau lebih dikenali sebagai JKM telah memperkenalkan program skim bantuan kebajikan. Dalam skim tersebut terdapat sebuah program bantuan yang boleh dimohon oleh golongan yang berkelayakan dan memerlukan.

Program Bantuan Am Persekutuan atau BAP ini adalah insentif bulanan yang diberikan kepada pemohon yang layak. Kadar bantuan adalah minimum serendah RM100 seorang sebulan dan maksimum sehingga RM350 sebulan bagi satu keluarga.

Tujuan utama perlaksanaan program BAP ini adalah bagi membantu mengurangkan beban individu/ keluarga yang kurang berkemampuan dari segi kewangan. Dengan adanya inisiatif khas yang dikendalikan JKM ini dapat membantu penerima meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN

JKM telah menetapkan beberapa kriteria asas syarat kelayakan program BAP seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) – Purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan
  4. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi oleh mana-mana bantuan bulanan JKM lain.

PANDUAN MOHON BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap dan cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – Am Persekutuan 2024

Untuk memudahkan urusan proses semakan permohonan, setiap pemohon disarankan sediakan dokumen penting yang diperlukan. Seperti salinan kad pengenalan diri, ibu bapa dan dokumen sokongan yang berkaitan.

Nota : Setiap negeri mempunyai skim bantuan Am masing-masing yang melibatkan syarat kelayakan dan kadar bayaran berbeza. Rujukan boleh dilakukan dengan hadir ke pejabat kebajikan masyarakat bahagian yang berdekatan anda.

MAKLUMAT LANJUT

Selain BAP, terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Program Bantuan Am Persekutuan : RM100 – RM350 Sebulan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button