BANTUANMobilepreneurMotorsikalSkim PembiayaanTEKUN

Permohonan Skim Pembiayaan RM10000 : Untuk Beli Motorsikal

Permohonan Skim Pembiayaan RM10000 untuk membeli motorsikal ditawarkan melalui program Tekun Mobilepreneur 4.0. Untuk sedia maklum, inisiatif khas berbentuk skim pembiayaan ini merupakan salah satu bantuan yang masih disediakan pada tahun ini.

PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN RM10000

Kerajaan menerusi TEKUN Nasional yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan koperasi (KUSKOP) telah memperkenalkan sebuah program skim bantuan yang dikenali sebagai Tekun Mobilepreneur.

Sehingga tahun ini sudah memasuki edisi ke empat pelancaran program istimewa ini bagi memberi manfaaat kepada rakyat. Bantuan skim pembiayaan berasaskan tawarruq ini adalah merupakan kesinambungan daripada edisi 1.0, 2.0 dan 3.0 yang telah dilaksanakan pada tahun sebelum.

Program khas ini diadakan adalah khusus untuk membantu usahawan perkhidmatan penghantaran yang menggunakan kenderaan jenis motorsikal. Bantuan skim pembiayaan ini dibenarkan untuk membeli motorsikal, baik pulih motorsikal dan modal pusingan.

KADAR SKIM PEMBIAYAAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

Jumlah bantuan pembiayaan yang ditawarkan adalah serendah RM1000 sehingga maksimum RM10000. Pecahan pembiayaan mengikut kategori seperti di bawah :

  • Baik pulih motorsikal : RM1,000 – RM5,000
  • Modal pusingan : RM1,000 – RM5,000
  • Beli motorsikal : RM1,000 – RM10,000.

Nota : Tempoh pembayaran balik adalah sehingga 3 tahun (36 bulan) pada kadar keuntungan 4% setahun.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM PEMBIAYAAN

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan dalam program Tekun Mobilepreneur 4.0 seperti :

  • Warganegara Malaysia dan bumiputera
  • Individu yang memohon bukan seorang berstatus muflis
  • Berumur 18 – 65 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun sahaja)
  • Mempunyai lesen memandu B1/ B2 yang masih sah
  • Mempunyai pelantikan yang sah dari mana-mana syarikat e-hailing berdaftar.

PANDUAN PERMOHONAN SKIM TEKUN MOBILEPRENEUR

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan selagi ianya masih dibuka. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi skim pembiayaan – TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

The post Permohonan Skim Pembiayaan RM10000 : Untuk Beli Motorsikal appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button