BANTUANKeusahawananMobilepreneurmobilepreneur financingTEKUN

Permohonan RM20,000 untuk Pembiayaan Mobilepreneur 4.0

Pihak Tekun Nasional telah menyediakan kemudahan pembiayaan untuk rakyat Malaysia yang berminat dalam sektor keusahawanan melalui skim Mobilepreneur 4.0. Tahun ini, permohonan untuk pembiayaan sehingga RM20,000 dibuka bagi membantu individu yang berkelayakan dan memerlukan sokongan kewangan.

PEMBIAYAAN MOBILEPRENEUR 4.0

Seiring dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih berdaya saing dalam dunia digital. Tekun menggalakkan mereka yang terlibat dalam perniagaan (usahawan) perkhidmatan penghantaran menggunakan motorsikal, kereta, van atau lori.

Apa yang lebih menarik adalah kadar jumlah skim ini telah dinaikkan kepada RM20,000 berbanding sebelum ini RM10,000. Sebelum ini pembiayaan TEKUN Mobilepreneur hanya dibuka untuk motorsikal, kini telah dibuka untuk kenderaan 4 tayar.

Pendaftaran permohonan skim bantuan ini dibuka kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan keatas. Pemohon wajib mempunyai lesen memandu yang sah semasa permohonan dikemukakan.

Program ini adalah merupakan sebahagian inisiatif bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan. Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur ini disediakan khusus kepada pemohon untuk tujuan seperti berikut :

  • Pembelian kenderaan
  • Baik pulih kenderaan
  • Modal pusingan.

KADAR PEMBIAYAAN MOBILEPRENEUR 4.0

Pihak TEKUN Nasional telah menetapkan kadar permohonan pembiayaan mobilepreneur 4.0 mengikut kategori seperti berikut :

JENIS KENDERAAN – MOTORSIKAL

  • Baik pulih & modal pusingan : RM1,000 – RM5,000
  • Pembelian motor : RM1,000 – RM10,000

JENIS KENDERAAN – KERETA, VAN ATAU LORI

  • Baik pulih & modal pusingan : RM1,000 – RM5,000
  • Pembelian : RM1,000 – RM20,000.

Manfaat Pembiayaan Ini

Dengan pembiayaan RM20,000 ini, para usahawan diberi peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka, terutama dalam penggunaan teknologi terkini. Skim ini bukan sahaja menyediakan dana, tetapi juga menawarkan bimbingan perniagaan untuk membantu penerima memaksimumkan potensi perniagaan mereka. Mengambil bahagian dalam program ini dapat membuat perbezaan besar dalam penguasaan pasaran dan teknologi.

Marilah kita gapai peluang ini! Bagi mereka yang layak, permohonan boleh dibuat secara dalam talian ataupun melalui pejabat Tekun terdekat. Untuk rujukan lebih terperinci dan panduan daftar permohonan, sila layari laman portal rasmi – TEKUN MOBILEPRENEUR

MAKLUMAT LANJUT

Selain skim ini, terdapat lebih banyak lagi jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban penduduk Malaysia. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

The post Permohonan RM20,000 untuk Pembiayaan Mobilepreneur 4.0 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button