Akaun 3Akaun FleksibelKWSP

Perlaksanaan Akaun Fleksibel KWSP – Bermula Hari Ini

Perlaksanaan Akaun Fleksibel KWSP bermula hari ini iaitu bersamaan 12 Mei 2024 secara menyeluruh seluruh negara. Untuk makluman, KWSP memperkenalkan sebuah lagi kemudahan akaun yang berfungsi sebagai akaun fleksibel.

PERLAKSANAAN AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Seperti yang sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melancarkan perlaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP mulai 11 Mei ini. Penstrukturan semula akaun ini adalah bagi tujuan memperkukuh jaminan pendapatan persaraan serta memenuhi keperluan semasa para pencarum.

Perlaksanaan penstrukturan semula ini akan melibatkan perubahan daripada 2 akaun sebelum ini kepada 3 akaun KWSP seperti di bawah.

  • Akaun 1 dijenama semula kepada – akaun persaraan
  • Akaun 2 dijenama semula kepada – akaun sejahtera
  • Akaun 3 diperkenalkan berfungsi sebagai – akaun fleksibel

Untuk makluman umum, wang simpanan di dalam akaun 3 boleh diakses sepenuhnya dan pengeluaran secara flkesibel pada bila-bila masa dibenarkan. Wang boleh dikeluarkan untuk tujuan peribadi terutama waktu kecemasan, tertakluk pada terma dan syarat.

PENSTRUKTURAN SEMULA PERLAKSANAAN AKAUN KWSP

Semua caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuatkuasa akan dikreditkan ke dalam setiap akaun mengikut nisbah 75 : 15 : 10 yang ditetapkan. Secara lebih jelas adalah akaun persaraan 75%, akaun sejahtera 15% dan akaun fleksibel 10% kadar caruman.

Bermula hari ini setiap ahli diberikan pilihan untuk memindahkan sebahagian amaun dari baki simpanan akaun sejahtera sebagai amaun permulaan akaun fleksibel. Penentuan jumlah permulaan dalam akaun 3 adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam akaun sejahtera.

Sebagai contoh ahli mempunyai simpanan RM3000 dan ke atas di dalam akaun sejahtera. Baki tersebut akan diagihkan mengikut nisbah seperti di bawah :

  • (10/30) – Ke akaun fleksibel
  • (15/30) – Kekal dalam akaun sejahtera
  • (5/30) – Ke akaun persaraan

Untuk ahli yang mempunyai baki dalam akaun 2/ sejahtera kurang dari RM3,000, pemindahan dana yang boleh dilakukan ke dalam akaun fleksibel adalah maksimum RM1,000. Bagi pencarum KWSP yang tidak berminat membuat pemindahan, kadar permulaan akaun 3 akan bermula dari baki sifar (0).

PANDUAN LENGKAP PINDAHAN KE AKAUN FLEKSIBEL KWSP

Untuk mereka yang ingin membuat pengeluaran melalui akaun 3, pindahan wang perlu dilakukan terlebih dahulu mengikut proses yang ditetapkan. Panduan lengkap dan butiran penuh telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Perlaksanaan Akaun Fleksibel KWSP – Bermula Hari Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button