Akaun 2KWSPPengeluaran KWSPPengeluaran sebahagianseSejahtera

Pengeluaran Akaun-2 KWSP : Dibenarkan Untuk Tujuan Tertentu

Pengeluaran Akaun-2 KWSP dibenarkan kepada setiap ahli untuk tujuan peribadi tertentu sepanjang tahun ini selagi menepati kelayakan. Seperti sedia maklum, pelbagai kemudahan inisiatif telah dilancarkan oleh pihak KWSP bagi memberi manfaat kepada pencarum.

PENGELUARAN AKAUN-2 KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat penstrukturan semula akaun dan menambah satu lagi akaun. Akaun distrukturkan semula kepada akaun persaraan, akaun sejahtera dan akaun fleksibel.

Simpanan dari akaun 1 boleh dikeluarkan apabila waktu persaraan bagi ahli yang berumur 55 tahun dan ke atas. Manakala simpanan akaun sejahtera atau akaun-2 pula boleh dikeluarkan bagi tujuan pra-persaraan.

JENIS PENGELUARAN AKAUN-2 KWSP YANG DIBENARKAN

  1. Pengeluaaran mencapai usia 50 tahun

Setelah para pencarum KWSP mencapai umur 50 tahun, mereka boleh membuat pilihan pengeluaran sebahagian atau semua dari simpanan akaun sejahtera. Perkara ini adalah bagi membantu ahli untuk uruskan kewangan mereka sebagai persediaan hari persaraan.

2. Perumahan

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah boleh memohon keluarkan wang simpanan dari akaun 2 (sejahtera) untuk tujuan perumahan. Kemudahan ini disediakan untuk ahli yang ingin membeli rumah, membina rumah, membayar ansuran pinjaman dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan.

3. Rawatan kesihatan dan pendidikan

KWSP membenarkan ahli untuk membuat pengeluaran sebahagian dari akaun sejahtera untuk tujuan menampung kos rawatan perubatan. Kepada ahli dalam urusan pendidikan, mereka dibenarkan keluarkan dana dari akaun 2 untuk membayar keperluan.

4. Menunaikan ibadah haji

Pencarum beragama islam yang sedang merancang untuk mengerjakan ibadah haji, mereka boleh gunakan simpanan dana akaun sejahtera sebagai modal perbelanjaan. Amaun yang ingin dikeluarkan tertakluk kepada baki simpanan.

PENGELUARAN FLEKSIBEL AKAUN-3 KWSP

Satu lagi kemudahan akaun telah diperkenalkan yang berfungsi sebagai akaun fleksibel dimana ahli boleh keluarkan wang dalam akaun tersebut pada bila-bila masa. Kemudahan akaun ini amat memberi manfaat kepada ahli yang berumur 55 tahun kebawah lebih-lebih lagi diwaktu kecemasan.

PANDUAN PENGELUARAN KWSP TAHUN 2024

Kepada ahli yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan pengeluaran dibuka sepanjang tahun ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan insentif berbentuk bantuan kewangan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk kalian memohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Pengeluaran Akaun-2 KWSP : Dibenarkan Untuk Tujuan Tertentu appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button