FASA 3STR

Penerima STR Fasa 3 & Kadar Bayaran Diumumkan Ogos Ini

Penerima STR Fasa 3 dan kadar bayaran mengikut kategori akan diumumkan pada awal bulan hadapan iaitu Ogos 2024. Inisiatif khas berbentuk kewangan STR ini adalah merupakan bantuan terbesar pada tahun ini.

KATEGORI PENERIMA STR FASA 1, FASA 2 & FASA 3

Pada awal tahun ini, Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2024 akan dikreditkan secara berperingkat. Kategori penerima yang terlibat adalah dari belia bujang, warga emas tiada pasangan dan isi rumah B40 / M40.

Pada 29 Januari lalu pembayaran bagi bantuan tunai STR fasa 1 telah disalurkan pada kadar RM100 (bujang) dan RM150 (warga emas). Manakala kategori (isi rumah) dikreditkan pada kadar RM100 hingga RM500, nilai bergantung kepada gaji dan bilangan anak.

Bagi pembayaran STR fasa 2 telah dikreditkan mulai 3 April 2024 pada kadar RM100 (bujang) dan RM150 (warga emas). Untuk kategori (isi rumah) kadar diberikan dari RM100 hingga RM650, nilai ditentukan mengikut gaji dan bilangan anak.

Bagi pembayaran STR fasa 3, kategori dan jumlah bayaran akan diumumkan pada bulan Ogos ini. Apa yang pasti kategori isi rumah akan menerima bayaran, untuk bujang dan warga emas akan dimaklumkan pada tarikh yang ditetapkan.

JADUAL BAYARAN PENERIMA STR SETIAP FASA

Berikut adalah jadual lengkap pengagihan Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 yang telah diumumkan oleh kerajaan :

  • 29 Januari 2024 : Pembayaran STR fasa pertama (1) dikreditkan
  • 3 April 2024 : Pembayaran STR fasa kedua (2) dikreditkan
  • Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini) : Pembayaran STR fasa ketiga (3) dikreditkan
  • November 2024 (Tarikh akan dikemaskini) : Pembayaran STR fasa keempat (4) dikreditkan.

Nota : pemberian Sumbangan Tunai Rahmah fasa berikutnya akan dikreditkan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN bagi penerima tiada kad bank. Bayaran akan disalurkan selewat-lewatnya sebelum penghujung bulan Ogos.

PENDAFTARAN PENERIMA BAHARU & KEMASKINI STR 2024

Kerajaan telah membukan pendaftaran baharu dan pengemaskinian maklumat terkini bagi penerima sedia ada sepanjang tahun 2024. Untuk semakan status bayaran dan rujukan lengkap program Sumbangan Tunai Rahmah, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak program, kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban golongan memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk memohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

The post Penerima STR Fasa 3 & Kadar Bayaran Diumumkan Ogos Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button