BANTUANFasa 4STR

Pemberian STR Fasa 4 Akan Dikreditkan November 2024

Pemberian STR Fasa 4 akan mula dikreditkan pada bulan November 2024 seterusnya merupakan bayaran terakhir bagi tahun ini. Seperti yang sedia maklum, inisiatif khas bantuan kewangan STR adalah salah satu insentif di bawah Belanjawan 2024.

PEMBERIAN STR FASA 4

Untuk makluman umum, pada bulan November nanti kerajaan akan melaksanakan pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah buat kali terakhir. Pembayaran fasa keempat akan melibatkan 3 kategori utama iaitu bujang, warga emas dan isi rumah.

Kemaskini maklumat terkini, bermula 29 Ogos sehingga 6 September ini, pengagihan bagi STR fasa 3 telah mula dikreditkan ke dalam akaun bank penerima. Bagi mereka yang tiada akaun bank, tuntutan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) boleh dilakukan mulai 18 September.

Kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah tahun ini, kalian boleh membuat congakkan berapa jumlah yang akan diterima pada fasa akhir nanti. Caranya mudah, tambahkan nilai yang telah diterima dari bayaran STR fasa 1 hingga fasa 3, kemudian jumlah tersebut ditolakan dengan kadar keseluruhan.

JUMLAH PEMBERIAN STR MENGIKUT KATEGORI

Berikut adalah kadar jumlah bayaran STR yang telah ditetapkan mengikut kategori penerima :

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • RM1,000 : Bagi keluarga tiada anak (0)
  • RM1,500 : Bagi keluarga yang mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM2,000 : Bagi keluarga yang mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM2,500 : Bagi keluarga yang mempunyai bilangan anak (lebih 5)

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • RM500 : Bagi keluarga tiada anak (0)
  • RM750 : Bagi keluarga yang mempunyai bilangan anak (1-2)
  • RM1,00 : Bagi keluarga yang mempunyai bilangan anak (3-4)
  • RM1,250 : Bagi keluarga yang mempunyai bilangan anak (lebih 5)

KATEGORI WARGA EMAS & BUJANG

  • Warga emas : RM600
  • Bujang : RM350.

SEMAKAN STATUS PEMBERIAN STR SETIAP FASA

Seluruh rakyat Malaysia yang merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini, semakan status bayaran setiap fasa boleh dibuat secara dalam talian.

Untuk kemaskini maklumat dan semakan status bayaran, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon pada halaman utama.

The post Pemberian STR Fasa 4 Akan Dikreditkan November 2024 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button