Pemberian Bonus Aidilfitri 2025 : Bantuan RM500 Telah Dikreditkan
Pemberian bonus Aidilfitri 2025 berjumlah RM500 dan RM250 telahpun mula dikreditkan secara berperingkat di seluruh negara. Inisiatif khas ini adalah sebahagian daripada bantuan yang diberikan kepada penjawat awam dan pesara.
Tujuannya adalah untuk meringankan beban kewangan mereka sempena persiapan menyambut hari yang mulia ini.
PEMBERIAN BONUS AIDILFITRI 2025
Kerajaan telah bersetuju untuk melancarkan program bantuan khas kewangan aidilfitri (BKKA) atau bonus raya pada tahun ini. Insentif atau bonus ini akan dikreditkan kepada setiap penjawat awam dan pesara melalui sistem perbankan.
Proses pengkreditan dilakukan secara berperingkat agar dapat memastikan semua penerima menerima bantuan ini tanpa sebarang kesulitan. Sekiranya terdapat sebarang masalah semasa proses pengkreditan, pihak yang berkenaan digalakkan untuk menghubungi pejabat perkhidmatan untuk mendapatkan bantuan.
Kadar bayaran adalah seperti berikut :
- RM500 : Penjawat awam gred 56 dan kebawah
- RM250 : Pesara kerajaan
Nota : Setiap negeri juga telah melancarkan pemberian bonus raya kepada para penjawat awam negeri. Kadar bayaran adalah berbeza mengikut negeri-negeri yang melaksanakannya.
Tarikh pembayaran bonus raya telah ditetapkan bermula 27 Mac 2025 dikreditkan secara berperingkat.
KESIMPULAN PEMBERIAN BONUS RAYA
Pemberian bonus ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu penjawat awam dan pesara sempena perayaan penting seperti Aidilfitri. Diharapkan, bantuan ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada mereka dalam persiapan menyambut hari raya kali ini.
Semoga semua dapat menyambut Aidilfitri dengan penuh kebahagiaan. Untuk lebih informasi berkenaan inisiatif yang dilaksanakan pada tahun ini, sila kunjungi laman rasmi – BELANJAWAN 2025 sebagai rujukan.
The post Pemberian Bonus Aidilfitri 2025 : Bantuan RM500 Telah Dikreditkan appeared first on Carianterbaru.