Pembayaran STR Fasa 3 : Semak Jadual & Jumlah Bayaran
Pembayaran STR Fasa 3 merupakan bantuan yang disalurkan secara berperingkat kepada individu dan keluarga yang layak. Jadual pembayaran STR fasa 3 telah dimaklumkan akan dikreditkan selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2025.
PEMBAYARAN STR FASA 3
Program Sumbangan Tunai Rahmah atau bantuan tunai STR kini telah hampir memasuki bayaran fasa ketiga. Bantuan STR pada tahun ini memberi manfaat kepada lebih daripada 9 juta penduduk Malaysia.
Kadar jumlah keseluruhan STR pada tahun ini adalah sehingga RM2,500, amaun tidak termasuk bayaran SARA. Seperti sedia maklum, bayaran STR fasa 1 dan fasa 2 telahpun selesai dibayar pada bulan Januari dan April lalu.
Perlaksanaan pembayaran STR fasa 3 melibatkan beberapa kategori penerima, termasuk bujang, warga emas, dan isi rumah. Pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kewangan penerima.
Oleh itu, adalah penting bagi setiap kategori penerima untuk memahami cara dan waktu pembayaran agar tidak terlepas peluang ini. Perlu diingatkan bahawa sekiranya pembayaran STR fasa 3 diawalkan, pihak kami akan membuat kemaskini maklumat dengan segera setelah pengumuman dibuat oleh kerajaan.
Pengumuman ini adalah penting untuk memastikan semua penerima dapat merancang kewangan mereka dengan lebih baik. Pastikan anda sentiasa mengikuti berita terkini dari sumber yang dipercayai untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai pembayaran STR ini.
SEMAKAN JADUAL & JUMLAH PEMBAYARAN STR SETIAP FASA
Berikut adalah jadual rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi 2025 mengikut fasa ;
- Fasa 1 : Januari 2025
- Fasa 2 : April 2025
- Fasa 3 : Ogos 2025
- Fasa 4 : November 2025.
Untuk rujukan, di bawah disediakan jumlah keseluruhan kadar bayaran STR mengikut kategori pada tahun ini ;
- Kategori bujang : RM600 setahun
- Kategori warga emas : RM900 setahun
- Kategori isi rumah : RM500 – RM2,500 setahun
Nota : Bagi kategori isi rumah, kelayakan ditentukan berdasarkan pendapatan bulanan dan bilangan tangggungan anak.
SEMAK STATUS & KEMASKINI STR FASA 3
Bagi pengetahuan umum, pengemaskini maklumat terkini dan semakan status bayaran boleh dibuat sepanjang tahun ini. Untuk rujukan sila ke laman rasmi – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
MAKLUMAT LANJUT
Selain STR, terdapat lebih banyak lagi program dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan MADANI bagi mengurangkan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan boleh dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan semasa.
The post Pembayaran STR Fasa 3 : Semak Jadual & Jumlah Bayaran appeared first on Carianterbaru.