FASA 3STRSumbanganTunaiRahmah

Pembayaran STR Fasa-3 : Dikreditkan Berperingkat Pada Bulan Ini

Pembayaran STR Fasa-3 : Bantuan tunai fasa berikutnya akan dikreditkan secara berperingkat pada bulan ini iaitu Ogos 2024. Inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini melibatkan dana peruntukan terbesar bagi tahun ini.

PEMBAYARAN STR FASA-3

Ramai yang menantikan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa ketiga bagi mendapatkan manfaat yang diberikan. Untuk makluman umum, Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa bayaran fasa berikutnya akan dikreditkan pada bulan Ogos ini.

Kategori penerima yang terlibat adalah dari isi rumah golongan B40 dan M40, warga emas tiada pasangan serta belia bujang. Kadar bayaran adalah berbeza mengikut kelayakan kategori dan bilangan anak setiap keluarga.

Perlaksanaan bantuan tunai STR ini telah menggantikan bantuan kewangan terdahulu seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Apa yang menarik adalah pada tahun ini pemberian STR telah dinaikkan kepada sehingga RM3,100 setahun. Penerima STR sesi 2024 telah menerima bayaran separuh iaitu fasa 1 dan fasa 2 yang dikreditkan pada Januari dan April lalu.

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA-3

Mengikut jadual rasmi, Sumbangan Tunai Rahmah fasa ketiga akan dikreditkan pada Ogos ini secara menyeluruh. Tarikh rasmi akan dimaklumkan selepas pengumuman dari pihak kerajaan dalam masa yang terdekat.

Kepada yang terlepas pandang atau tidak tahu, berikut adalah jadual lengkap bayaran STR mengikut fasa bagi sesi 2024 :

  • STR Fasa 1 – Dikreditkan mulai 29 Januari 2024
  • STR Fasa 2 – Dikreditkan mulai 3 April 2024
  • STR Fasa 3 – Dikreditkan mulai Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini dalam masa terdekat)
  • STR Fasa 4 – Dikreditkan mulai November 2024.

Nota : Kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah setiap fasa diberikan secara kredit ke dalam akaun bank dan tebus tunai di kaunter BSN bagi penerima tiada kad bank.

DAFTAR BAHARU & SEMAKAN STATUS BAYARAN STR 2024

Sepanjang tahun ini kerajaan telah membuka portal bagi permohonan baharu, kemaskini maklumat dan semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah. Untuk daftar atau semakan status bayaran setiap fasa, sila layari laman pautan rasmi – STR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan insentif bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada pada tahun ini dan bersesuaian untuk anda mohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Pembayaran STR Fasa-3 : Dikreditkan Berperingkat Pada Bulan Ini appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button