BANTUANBSHJHEVSara HidupVeteran

Pembayaran Bantuan Sara Hidup RM300 :Dikreditkan Setiap Bulan

Pembayaran Bantuan Sara Hidup dikreditkan setiap bulan kepada pemohon yang berkelayakan sepanjang tahun ini. Untuk makluman umum, program Sumbangan bantuan khas BSH ini merupakan sebahagian insentif yang dilaksanakan pada tahun 2024.

PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP 2024

Kepada yang terlepas pandang, kerajaan telah memperkenalkan sebuah program inisiatif yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup. Program BSH ini dikendalikan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).

Mereka yang menepati kriteria kelayakan boleh mohon bantuan ini bagi mendapatkan manfaat insentif bantuan kewangan berjumlah RM300 sebulan. Perlaksanaan program bantuan khas BSH ini adalah bertujuan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang dalam kategori veteran ATM.

KELAYAKAN BANTUAN SARA HIDUP (BSH)

Antara kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak JHEV bagi program BSH ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pendapatan bulanan isi rumah dibawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Had umur kelayakan adalah 60 tahun dan ke atas
  • Tidak dipecat/ diberhentikan di bawah kes-kes tartatertib/ disiplin
  • Veteran ATM tanpa mengira tempoh berkhidmat
  • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Bekas ahli pasukan 136 dan bekas askar wataniah
  • Bekas tentera British yang telah berkhidmat di Malaya/ Malaysia/ Singapura termasuk ranger Sarawak
  • Mempunyai masalah faktor kesihatan atau penyakit yang menjejaskan aktiviti pekerjaan
  • Anak yatim piatu berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun bagi yang masih belajar
  • Tiada syarat umur bagi kategori cacat kekal untuk insentif BSH.

PANDUAN DAFTAR & MOHON BANTUAN SARA HIDUP

Bagi mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan bantuan khas ini boleh dikemukakan pada tahun ini selagi masih dibuka. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan – BSH (JHEV)

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman tersebut. Untuk setiap permohonan yang berjaya/ lulus, bantuan akan berkuatkuasa selama tempoh 3 tahun.

Setiap penerima akan dinilai semula dalam tempoh 3 tahun tersebut unuk memastikan sama ada bayaran bantuan BSH masih layak diberikan atau sebaliknya.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak lagi jenis inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post Pembayaran Bantuan Sara Hidup RM300 :Dikreditkan Setiap Bulan appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button