BANTUANSTR

Panduan Semak Status STR Bagi Bayaran Fasa 3

Panduan Semak Status STR bagi menerima bayaran fasa 3 telah disediakan di halaman ini sebagai rujukan ringkas kepada umum. Bila pembayaran dikreditkan? Kementerian kewangan telah memaklumkan tarikh rasmi bayaran adalah mulai 29 Ogos ini.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Pada hujung bulan Ogos ini kerajaan akan mula mengagihkan bayaran bantuan tunai STR kepada setiap penerima. Pemberian bantuan kewangan ini akan memberi manfaat kepada lebih dari 8 juta penduduk Malaysia.

Kadar bayaran Sumbangan Tunai Rahmah sesi fasa ketiga adalah dari RM50 sehingga RM650. Jumlah bantuan STR fasa 3 ditentukan mengikut kategori seperti di bawah :

  • Kategori isi rumah B40 : RM150 hingga RM650 (Jumlah mengikut bilangan anak)
  • Kategori isi rumah M40 : RM150 hingga RM300 (Jumlah mengikut bilangan anak)
  • Kategori bujang : RM50
  • Kategori warga emas : RM150

Panduan Semak Status STR Fasa 3

Bagi memudahkan urusan semakan status bayaran, pengguna boleh ikut langkah-langkah seperti yang disediakan :

  1. Layari laman portal rasmi bantuan STR – https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Log masuk dan tekan butang ‘Semakan Status STR’
  3. Tekan butang semak dan maklumat anda akan dipaparkan pada skrin.

Nota : Bagi semakan status bayaran fasa 3, orang ramai boleh semak bermula 29 Ogos ini (Khamis).

Info Tambahan STR

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin ketahui lebih terperinci berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah. Anda boleh menghubungi talian khas bantuan LHDN di – 1 800 88 5436 atau hadir di cawangan berdekatan.

The post Panduan Semak Status STR Bagi Bayaran Fasa 3 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button