BANTUANMySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Jadual & Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Mengikut Fasa

MySTR : Jadual & Jumlah Bayaran bantuan tunai rahmah mengikut fasa pada tahun ini telah dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan. Untuk makluman umum, inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah merupakan sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.

MYSTR : JADUAL & JUMLAH BAYARAN BANTUAN

Kerajaan perpaduan telah memperkenalkan program pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR pada tahun 2023. Atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk terus melaksanakan sumbangan khas ini bagi sesi tahun 2024.

Pada tahun ini sekitar 9 juta penduduk Malaysia akan menerima manfaat daripada bantuan tunai STR ini yang melibatkan 3 kategori utama. Mereka yang layak menerima insentif kewangan ini adalah terdiri daripada kategori bujang, warga emas dan isi rumah.

Apa yang lebih menarik adalah kadar jumlah keseluruhan bayaran STR telah dinaikkan kepada RM3,700 pada tahun ini berbanding RM3,100 pada tahun lalu. Setiap kategori akan menerima bayaran yang berbeza mengikut kelayakan masing-masing.

Seperti sedia maklum, pembayaran bagi STR fasa 1 dan fasa 2 telahpun selesai diagihkan pada bulan Januari dan April 2024. Bagi sesi tahun ini hanya berbaki 2 fasa pembayaran sahaja lagi yang akan dikreditkan berperingkat.

JADUAL RASMI BAYARAN MYSTR TAHUN 2024

Di bawah dikongsikan jadual rasmi pengagihan bayaran STR mengikut fasa :

  • Bayaran STR fasa 1 disalurkan : Bermula 29 Januari 2024 (Selesai)
  • Bayaran STR fasa 2 disalurkan : Bermula 3 April 2024 (Selesai)
  • Bayaran STR fasa 3 disalurkan : Bermula Ogos 2024 (Akan dikemaskini)
  • Bayaran STR fasa 4 disalurkan : Bermula November 2024 (Akan dikemaskini)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYSTR MENGIKUT KATEGORI

Kerajaan telah menetapkan jumlah pembayaran STR 2024 mengikut kategori penerima seperti berikut :

Kategori Isi Rumah B40 (Pendapatan RM2,500)

  • Tiada anak (0) : RM1,000
  • Bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Bilangan anak (lebih 5) : RM2,500

Isi Rumah M40 (Pendapatan RM5,000)

  • Tiada anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM750
  • Bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Bilangan anak (lebih 5) : RM1,250

Kategori Bujang & Warga Emas

  • Belia bujang (berumur 21 – 59 tahun) : RM350
  • Warga emas tiada pasangan (60 tahun keatas) : RM600

STATUS BAYARAN MYSTR MENGIKUT FASA

Rakyat Malaysia yang merupakan penerima sedia ada bantuan tunai rahmah tahun ini boleh membuat semakan status bayaran dan kemaskini maklumat. Untuk semakan sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – MYSTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan untuk meringankan beban rakyat terutama golongan memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

The post MySTR : Jadual & Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Mengikut Fasa appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button