BANTUANMySARA

MySARA : Tarikh Bayaran Bantuan Dikreditkan Mulai 12 Ogos 2024

MySARA : Tarikh Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah ini mula dikreditkan secara berperingkat pada 12 Ogos 2024. Untuk makluman umum, ini merupakan pembayaran kali kedua SARA, sebelum ini dikreditkan pada 19 Februari lalu.

MYSARA : TARIKH BAYARAN BANTUAN MULA DIKREDITKAN

Seperti yang telah dimaklumkan, bermula isnin ini (12 Ogos 2024) pembayaran SARA telah mula disalurkan bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan. Pemberian inisiatif istimewa SARA ini tidak memerlukan sebarang permohonan.

Insentif tambahan ini adalah merupakan lanjutan daripada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024. Sekitar 700,000 penduduk Malaysia menerima manfaat daripada pemberian Sumbangan Asas Rahmah tahun ini.

Kadar bayaran bantuan SARA adalah dari RM150 sehingga RM1,200 setahun dan nilai ditentukan mengikut kategori kelayakan. Kaedah pembayaran SARA pada tahun ini adalah secara kredit ke dalam mykad dan tebus tunai di kaunter BSN.

Tujuan utama perlaksanaan Sumbangan Asas Rahmah adalah bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang terdiri daripada penerima STR. Bantuan yang diberikan tersebut boleh digunakan dengan membeli barangan keperluan asas di pasaraya berdaftar seluruh Malaysia.

KELAYAKAN KADAR BAYARAN MYSARA MENGIKUT KATEGORI

Kementerian telah memaklumkan kadar jumlah bayaran SARA bagi sesi tahun 2024 mengikut kategori seperti di bawah :

  • Penerima STR kategori miskin tegar (isi rumah dan warga emas) : RM1200 setahun
  • Penerima STR kategori miskin tegar (bujang) : RM600 setahun
  • Penerima STR kategori ‘bukan’ miskin tegar (isi rumah) : RM300 setahun
  • Penerima STR kategori ‘bukan’ miskin tegar (bujang dan warga emas) : RM300 setahun.

TARIKH BAYARAN & SEMAKAN STATUS MYSARA

Untuk makluman umum, tarikh jadual bayaran MySARA tahun ini adalah dikreditkan setiap bulan dari Januari hingga Disember 2024 bagi penerima seluruh semenanjung. Manakala penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan pula dikreditkan pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024.

Kepada penerima sedia ada STR pada tahun ini, kalian boleh membuat semakan status sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini. Untuk semakan dan rujukan lengkap, sila layari portal rasmi – MySARA 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat B40. Sila lihat senarai bantuan-bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post MySARA : Tarikh Bayaran Bantuan Dikreditkan Mulai 12 Ogos 2024 appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button