MySARA : Bantuan RM150 & RM300 akan dikreditkan kepada penerima STR yang berstatus bukan miskin dan miskin tegar pada tahun ini. Seperti yang telah dimaklumkan, pemberian Sumbangan Asas Rahmah ini adalah sebahagian insentif di bawah Belanjawan 2024.
MYSARA : BANTUAN RM150 & RM300
Ramai yang hanya tahu pemberian Sumbangan Asas Rahmah atau SARA ini hanya diberikan kepada kategori miskin tegar. Untuk makluman pada tahun ini kerajaan telah bersetuju untuk turut memberikan insentif tambahan ini kepada kategori bukan miskin tegar.
Bantuan MySARA ini hanya disalurkan kepada penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah sahaja tanpa memerlukan sebarang permohonan. Sekitar 600,000 penerima STR akan menerima manfaat sumbangan asas rahmah bagi sesi tahun 2024.
Pengagihan bayaran SARA pada tahun ini telah mula dikreditkan kepada penerima STR berstatus miskin dan miskin tegar pada kadar RM50 & RM100. Bantuan ini disalurkan ke dalam mykad bermula Januari sehingga Disember 2024.
KATEGORI PENERIMA BANTUAN RM150 & RM300
Bagi pengetahuan umum, kategori penerima yang berkelayakan dapatkan insentif bantuan MySARA RM150 dan RM300 adalah seperti berikut :
- RM300 : Penerima STR kategori isi rumah berstatus bukan miskin/ miskin tegar
- RM150 : Penerima STR kategori bujang & warga emas berstatus bukan miskin/ miskin tegar
Manakala bagi bayaran SARA untuk penerima STR berstatus miskin tegar pula adalah berjumlah RM1,200 untuk isi rumah dan warga emas serta RM600 untuk bujang.
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYSARA 2024
Sekiranya kalian merupakan penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah, semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini boleh dilakukan. Untuk panduan lengkap dan semakan status, sila layari laman portal rasmi bantuan – MyKasih SARA
Nota : Pembayaran SARA 2024 disalurkan secara kredit ke dalam mykad bagi penerima semenanjung Malaysia. Manakala penerima Sabah, Sarawak dan Labuan pula akan dikreditkan sebanyak 2 kali tahun ini pada Februari dan Ogos 2024.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan bagi menangani masalah kos sara hidup rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan boleh dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.
The post MySARA : Bantuan RM150 & RM300 Untuk Bukan Miskin Tegar appeared first on Carianterbaru.