Akaun FleksibelKWSPPengeluaran BersyaratPengeluaran KWSP

KWSP : Pengeluaran Akaun Fleksibel Lebih RM250 Melalui e-KYC

KWSP : Pengeluaran Akaun Fleksibel yang melebihi amaun RM250 wajib melalui proses e-KYC seperti yang telah ditetapkan. Untuk makluman umum, mulai 12 Mei 2024 penstrukturan semula akaun KWSP telah dilaksanaan secara menyeluruh.

KWSP : PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL MELALUI E-KYC

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja secara rasminya telah melancarkan satu lagi kemudahan akaun 3 bermula hari ini.

Bagi pengetahuan, pengeluaran akaun 3/ fleksibel boleh dilakukan pada bila-bila masa pada had kadar minimum RM50, dan terhad bergantung baki dalam akaun tersebut.

Menurut kenyataan KWSP, pembayaran akan dibuat secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli KWSP.

Maklumat penting, kepada pencarum yang ingin keluarkan wang melalui akaun fleksibel pada kadar jumlah RM250 dan keatas.

Mereka perlu melalui proses e-KYC ‘electronic Know-Your-Customer’ sebagai pengesahan identiti secara elektronik melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi i-akaun KWSP.

Perkara ini adalah merupakan kemudahan kepada ahli dan tidak perlu hadir ke pejabat KWSP bagi tujuan diatas kerana pengesahan identiti boleh dibuat secara dalam talian dan amaun pengeluaran tidak melebihi RM30,000.

KEMUDAHAN PENGELUARAN FLEKSIBEL KWSP

Untuk pencarum yang tiada rekod pengeluaran atau maklumat akaun bank adalah berbeza dengan rekod pengeluaran sebelum ini.

Setiap ahli wajib membuat pengesahan identiti melalui (pengesahan cap ibu jari di Self-Service Terminal (SST) KWSP bagi permohonan pengeluaran lebih dari RM10,000.

Pengesahan dalam talian/ online tertakluk kepada jumlah amaun permohonan pengeluaran kurang daripada RM10,000.

Dalam proses e-KYC adalah sebuah proses pengesahan identiti diri secara digital elektronik melalui teknologi pengecaman wajah di aplikasi rasmi KWSP i-akaun.

PENSTRUKTURAN SEMULA AKAUN KWSP

Semua akaun KWSP ahli berumur 55 tahun dan ke bawah distrukturkan semula kepada 3 akaun seperti di bawah ;

  • Akaun Persaraan
  • Akaun Sejahtera
  • Akaun Fleksibel

Mulai tarikh perlaksanaan, sebanyak 75% caruman disalurkan ke dalam akaun persaraan, 15% ke dalam akaun sejahteran dan 10% dalam akaun fleksibel. Hasil dari simpanan dalam akaun fleksibel boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan kewangan masing-masing.

Setiap ahli diberi tempoh masa sekali sahaja bagi pemindahan sebahagian dana dari akaun sejahtera ke akaun fleksibel sehingga 31 Ogos 2024.

Untuk ketahui butiran lengkap dan panduan penuh berkenaan akaun fleksibel, sila layari laman portal rasmi – KWSP 2024

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan beban rakyat Malaysia.

Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

The post KWSP : Pengeluaran Akaun Fleksibel Lebih RM250 Melalui e-KYC appeared first on Carianterbaru.

Related Articles

Back to top button